Kemurkaan dari langit..
Bila Allah murka,langit itu petanda~
Awan gelap sudah mula menyelubungi langit,ditambah dengan angin kencang tidak memberi kesan kepada kami sepasukan untuk tegar bekerja, mengutip borang dan mengedar kad biru kepada para graduan.
Pranggg…(bunyi meja jatuh melayang,tak tahu terjemahkan)
Terkejut kami mendengar bunyi tersebut, sederetan meja yang disediakan untuk jamuan para ibu bapa jatuh,dilayang oleh angin kencang.Keadaan semakin kritikal,tetapi kami??...Oh,tetap tegar di situ.Apabila rintik hujan yang turun semakin lebat,amat mustahil untuk kami berdiam di situ.Segera kelengkapan kami kemaskan,yang penting komputer riba perlu diselamatkan segera.
Amat dahsyat sekali tragedi yang berlaku, kesannya tidak lama.Cukup dalam 30 minit hujan ribut turun di bumi universiti ini,kesannya cukup ketara. Kelihatan khemah-khemah para peniaga tumbang,barang-barang perniagaan banyak yang musnah. Yang pasti,tiada kemalangan jiwa yang berlaku.Alhamdulillah..
Ya,mungkin bagi sekalian manusia,ada yang berfikir bahawa kejadian ini hanyalah biasa-biasa sahaja.Lantaran kedudukan menara yang terletak di atas bukit,menjadikan hujan ribut ini dengan angin kencang sebagai faktor utama.Tetapi bukan pada ana, hamparkanlah seberapa banyak faktor dan alasan,tidak akan menyamai pada alasan bahawa ini adalah amaran dari Tuhan!
BENCANA TIDAK MENGENAL SESIAPA
Sudah terang lagi bersuluh, setiap sesuatu itu tidaklah sia-sia.Malahan setiap bencana pasti ada asbabnya.
Manakan tidak,kita selidiki kembali lembaran kalam Allah,yang menukilkan mengenai kejadian seperti ini.
“Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami menurunkan kepada orang-orang yang membuat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka.” (2:59)
Kemurkaan dari langit-kefasiqan-orang yang zalim..Nampak atau tidak kaitannya..Baiklah,kita selak lagi lembaran seterusnya..
“Kami akan menurunkan kepada penduduk Bandar raya ini kemurkaan dari langit kerana mereka berbuat kefasiqan.” (29:34)
Nah..sekali lagi,Allah Taala memberi peringatan, kemurkaan dari langit untuk orang yang berbuat fasiq.
Ana tidak mahu menyalahkan atau meletakkan kesalahan dosa pada setiap orang yang berada di bumi unversiti ini,tetapi setiap apa yang berlaku,pasti ada hikmahnya.Bencana yang berlaku,menjadikan ana seorang insan yang cukup sedar bahawa diri ini punya banyak dosa, diri ini terlalu banyak karat-karat mazmumah,hinggakan ana rasa terbeban andai kerana dosa ini,menyebabkan masyarakat lain turut terkena kesannya.
Bukankah apabila sesuatu kemungkaran berlaku,dan Allah Taala menurunkan bencana,yang beriman kena,yang tidak beriman pun kena.
Ya Ilahi,andai kejadian ini berlaku disebabkan dosa-dosaku yang melampui batas kemanusiaan,ampunilah hambaMu ini..Sungguh amaran dariMu ini menggetarkan seluruh anggota jasadku..Ampuni kami atas kesalahan kami secara terang atau sembunyi.
Itu pengajaran untuk sesiapa yang mahu berfikir!
Hujan ini bukan hujan biasa,tetapi luar biasa kerana terkandung amaran dan ancaman dari Tuhan.
Ana tidak mahu mengulas kebejatan sosial yang berlaku di kalangan anak muda terutama di kalangan para pelajar universiti ini, kerana bagi ana,di mana sahaja kamu berada,tetap sama.Melangkah di bumi Tuhan ini,selagi tidak ada sebekas iman di dada,maka hancurlah jiwa. Tiada sahabat yang mengingat kepada kita tentang agama, maka rosaklah diri.Justeru, di mana-mana sahaja,risiko kemungkaran itu pasti ada.Yang perlu mencegahnya adalah tangan-tangan kita wahai si jiwa hamba!
Tuntasnya, hidup dan suburkan bumi tempat kita tinggal ini dengan perkara-perkara kebaikan. Serta cegahlah diri dan masyarakat dari melakukan kefasikan.Hidup di dunia ini bukanlah suatu yang kekal,cuma sementara.Mahu berseronok??Silakan bergembira hingga bila tiba bencana dari Tuhan,barulah kau menangis kekesalan..
“Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hambaNya kitab,dan tidak membuatkan padanya sebarang kebengkokan,yang betul,untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripadaNya,dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan,bahawa bagi mereka upah yang baik.” (18:1-2)
Berfikirlah tentang apa yang Allah sudah ancamkan kepada manusia-manusia yang leka dan lalai.
Khemah yang tumbang menyembah bumi~
Comments
Alhamdulillah..moga sama-sama ambil iktibar---->ambil gambar dari blog kamu..hehe =)
Segala sesuatu yang berlaku pasti ada sebab musababnya.. mudah2an kita semua ambil iktibar daripada segala kejadian dan mohon perlindungan Allah daripada lalai dan alpa..
Wa'alaikumsalam warahmatullah sis
Mudah-mudahan begitu sis, moga diambil peringatan dan iktibar setiap kejadian =)
Allah pemilik langit dan bumi,apa-apa sahaja boleh berlaku..mungkin ini baru secebis dari kedahsyatannya yang mahu ditunjukkan sebagai peringatan.
to NICK IRFAN :
Moga ada iktibar untuk kisah ini,insyAllah
myentap qalbu..
tazkirah diri di kala sepi..
Afwan..Alhamdulillah, Allah menyentuh hati enti ^^