Sehelai kertas kumal..
Ana pernah terfikir, jika ada setiap insan yang menerima bahan cetakan berupa bentuk tazkirah, peringatan, atau sebagainya, seterusnya kemana di simpan kertas cetakan itu? Diselitkan di celah buku kah? Ditampal di dinding bilik untuk peringatan? Di buang ke tong sampah? Ditinggal begitu sahaja di atas meja? Dijadikan pembalut kertas nasi lemak? Atau ada yang menyimpannya di dalam sebuah fail untuk dijadikan koleksi rujukan dan peringatan? Agaknya kalian berada dalam situasi yang mana? Hati ana sedih,kerana ana begitu mencintai ilmu hatta diconteng di kertas kumal sekalipun. Tetapi kertas yang berisi tazkirah begitu dipandang sepi dan diperlakukan begitu,apakan daya ana. AnaSaya begitu terkesan dengan inisiatif pertubuhan yang disertai sahabat ana. Kertas yang berisi tazkirah itu berwarna penuh, jika dikira kosnya pasti mahal. Apatah lagi isinya terkandung hadis dan ayat al-Quran yang berbentuk peringatan. Bertungkus lumus sahabat ana mengedarkan risalah tazkirah ini. Alhamdulillah