Langkah Tercipta..
“Umur kamu ni berapa? Lahir tahun 90 berapa?” “Saya lahir tahun 2001 lah cikgu.Apalah cikgu ni tahun 90 mana pula.” Terkena saya dengan budak ni! Bila difikirkan kembali, betul juga. Sedangkan adik saya yang lahir tahun 1994 itu sudah tingkatan 5, inikan budak yang baharu darjah 4. Beza memang berbeza. Tuntasnya, saya tidak sedari masa semakin banyak meninggalkan diri ini. Saat saya bermuhasabah, rupanya sudah 6 tahun saya meninggalkan zaman persekolahan. Kini, tinggal satu semester lagi untuk saya menamatkan pengajian ijazah sarjana. Masa yang berlalu terlalu pantas, hingga tak terkejar dek kerana kelelahan menghadapi kehidupan yang pelbagai. Tinggal satu semester,kemudian saya akan melangkah ke alam kerjaya. Namun hingga saat ini, saya masih dalam kebuntuan, mahu merancang masa hadapan. Sama ada saya perlu bekerja di Shah Alam atau kembali ke Perak, menyambung sarjana atau tunggu dahulu.Hurm... manusia merancang Allah yang menentukan, tetapi berbeza dengan saya, merancang p...