Posts

Showing posts from September, 2009

Temanku disini..

Image
Buat teman seperjuangan, ana dedikasikan entri ini untuk kalian.Moga ukhwah fillah abadan abada.. Sahabat Ingin aku singkap kembali Kenangan lama agar bersemi Inginku ulangi kisah manis Agar terus bersemadi Ingatlah aku sebagai rakanmu Kenanglah daku dalam doamu Begitulah indahnya kisah dahulu Engkau sebagai temanku Apabila engkau terjaga Satukanlah harapanku denganmu Kerana ianya bakal berpadu Mimpi si penunggu yang setia Layarkanlah impian doamu Sesungguhnya aku masih mengingatimu Sebagai kawan rakan dan teman Semoga kita diberkati Allah Kudoakan kepadamu agar bahagia Di dunia dan akhirat Cebisan Kenangan ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu tanpa mengeal erti penat jemu igatkah kau lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci kini segal...

Saya hanya insan biasa..

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih..entri ini ana tulis sekadar berkongsi rasa.Dunia hiburan kita dikejutkan dengan berita mengenai kes penceraian ustaz Akhil Hayy dan isteri beliau Maizawati. Kemudian kita dikejutkan sekali dengan perkahwinan beliau bersama Waheeda.Ternyata inilah yang berita yang dinanti oleh sang media untuk melariskan jualan mereka. Apa yang sudah berlaku sudah ditakdirkan Ilahi.Mungkin terdapat hikmah di sebalik segala yang berlaku.Ana menulis dengan perasaan neutral,tidak memilih mana-mana pihak.Sama ada si isteri atau suami.Itu adalah hak mereka.Mereka lebih mengetahui apa yang berlaku.Mengapa kita yang diluar perlu terlebih pula seolah-olah kitalah yang lebih tahu dari mereka. Apa yang lebih menyedihkan ana apabila pelbagai fitnah mula berkata-kata.Kreadibiliti beliau sebagai seorang ustaz dipertikai.Si polan ini berkata " Apalah,harap jer nama ustaz,tapi rumah tangga pun tunggang-langgang." Kawan si polan ini pula menambah cerita penyedap rasa ...

Malam yang ku nanti..

Image
Kita sedang melalui fasa terakhir di dalam bulan barakah ini, perbanyakkan amalan kalian kerana dijanjikan Allah pada sekalian hambaNya, terdapat satu malam di dalam bulan ramadhan yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam lailatul qadar... Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." (surah al-qadr:1-5)

Inilah diriku..

Image
Kenapa ayam?,,,Mungkin ini soalan yang akan ditanya kepada ana seawal perkenalan bersama teman-teman baru di universiti dahulu.Hanya senyuman ikhlas sebagai pengganti jawapan. AYAM.. mungkin bila disebut nama ini,maka terbayanglah masakan yang macam-macam, ayam gorenglah,rendang ayam lah, 1001 macam ada di dalam benak kalian.Tapi bagi teman-teman ana,mereka mungkin lebih mengenali 'nickname' ini daripada nama ana sendiri.Apalah yang istimewa ana pun tak tahu,Buat teman-teman ana yang ingin tahu kenapa AYAM? tidak nama lain..biarlah ana ceritakan sedikit di sini.. Alkisahnya bermula bila ana melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama tahun 2004-2005 dahulu. Ana menyambung pengajian di sekolah abang ana belajar dahulu.Mungkin ketika di awal persekolahan,ramai senior yang mengenali ana kerana faktor orang kampung ana pun ada sekali belajar kat sekolah tersebut,tambahan pula abang ana merupakan pelajar terbaik di sekolah yang sama. Tidak dinafikan kehidupan di a...

Bismillahhirahmanirrahim...

Dengan namaMu Ya Allah..SubhanAllah,akhirnya hajat ana untuk ada ada blog tercapai jua.sekadar cubaan....