Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT
Hi korang..
Mungkin cerita ni dah basi kot tapi aku saja nak cerita
dekat blog aku sebab nanti mesti ada orang cari dekat google kan? Kah!
Alhamdulillah aku lulus temuduga untuk menjadi Teknologis
dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 16 Disember 2020 dalam bidang
Construction & Technology.
Jadi dengan ini, aku boleh gunakan title Ts.Norsuhana,
gituh..maksudnya Teknologis Norsuhana lah.
Penting ke benda ni? Apa beza dengan jadi Professional
Engineer?
Hmmm..panjang aku nak cerita pasal ni. Mungkin tak rajin nak
menaip dengan panjang sekarang, tapi secara mudah nak kata, Professional
Engineer adalah orang yang design dari konsep dan mereka yang melaksanakan
konsep ini adalah dari kalangan Teknologis.
Penting ke nak ambil?
Bagi aku, kenapa aku nak ambil sebab ini beri nilai tambah
kat diri aku. Untuk aku melayakkan aku beri sesuatu pengetahuan kepada golongan
akademik atau pakar, maka gelaran yang ada boleh menyakinkan mereka tentang
pengetahuan aku, takkan aku nak usung sijil universiti aku ke sana sini kan? Kesana
kesini..hahaha..
Tapi bergantung pada korang lah, nak ambil ke tidak. Ini
untuk profesion aku, maka aku rasa aku nak ambil. InshaAllah kalau ada rezeki
aku habis PhD ni, aku nak ambil Professional Engineer assessment pula atau
negara luar panggil Chartered Engineer.
Route untuk jadi Ts.?
Kalau aku rajin aku kongsikan dengan tips
sekali..haa..selalu orang buat talk kan nak kongsi bagai? Korang baca free je
lah dekat blog aku ni. Gituhh..
Aku memang graduan kejuruteraan awam, tapi aku pilih untuk
ambil dengan MBOT dahulu sebab sekarang ini sedikit mudah assessment nye, tak
sesusah macam BEM/IEM lah. Soon, mungkin assessment akan jadi seperti BEM/IEM
yang dipertimbangkan oleh MBOT, maka kalau korang nak ambil Ts., masa sekarang
adalah sesuai.
Kos?
Untuk pendaftaran sahaja bagi mendapatkan penilaian RM600,
kalau tak layak kena repeat lah.
Kalau dah lulus, korang kena bayar RM350 untuk yuran
keahlian, setiap tahun RM200 komitmen dan kena penuhkan jam Continuing
Professional Development untuk pembaharuan setiap tahun.
Jumlah RM1000.
Eh kenapa RM1000? Bukan RM950 ke?
Hahah..sebab sebelum korang boleh buat permohonan nak jadi
Teknologis, korang kena jadi Graduate Member dulu, yuran sebanyak RM50..itulah
dia.
Minimum pengalaman 3 tahun bekerja tanpa mengira bila korang
daftar jadi ahli graduan dengan MBOT. Ini berbeza dengan BEM/IEM bila
pengalaman korang takkan diiktiraf untuk ambil Ir., selagi korang tak berdaftar
sebagai ahli graduan dengan mereka.
Sekarang dah wajib kan graduan kejuruteraan untuk berdaftar
dengan BEM?
Masa aku dulu, semua buat tak hairan je weyh..haha..aku
sebaik ada kesedaran 3 tahun selepas habis degree, baru aku apply dengan BEM
& IEM.
BEM wajib, IEM tu optional.
Sebab IEM korang kena bayar yuran tahunan sebanyak RM250!
Tapi untuk BEM sekali je bayar RM50..haha..ok aku kena aktifkan balik keahlian
aku dengan IEM sebab aku tak bayar lagi..eh kantoi! Hewww…
Ok kalau ada apa-apa soalan, korang komen sahaja yach!
Random thought,
Ts.Norsuhana Samsudin
Comments
Hmmm..I never have that experience sebab kalau SV sibuk mana pun, dia akan bagi date yang dia janji nak bagi feedback for my writing by example. You ada second supervisor tak? I think boleh tanya co-SV juga untuk bantu kalau stuck with your research. Cuba baca booklet IPTA, student boleh propose untuk co-SV juga ke? Keep email your SV for reminder instead of mesej kot. Tapi entahlah style Malaysia memang suka mesej ke camne sebab sini everything conversation kerja in email. If still stuck sebab chapter one tu you kena explore you research question etc, cuba seek help for any one or mentoring. You can joined group PhD support dekat fb juga untuk minta pandangan or pertolongan or support.
May Allah ease!
Ada panel dari industri dan panel dari MBOT. Soalan berkaitan dengan resume yang kita lampirkan, berdasarkan kriteria yang MBOT dah beri, boleh crosscheck 5 kriteria tu tak silap saya. Ada juga soalan akta, jadi study pasal akta 768. Soalan lain contoh adalah current technology dalam field yang kita lakukan.
All the best!
Boleh dengan pengalaman kerja melebihi 2-3 tahun tak silap.
Saya tak pasti sekarang macam mana, tapi masa saya mungkin ambil masa kurang sebulan tak silap. Saya ada beli ebook untuk tips Ts, dan ebook tu sangat berguna lah untuk persediaan temuduga tersebut.
Saya tak pasti yang itu, tapi mungkin boleh buat permohonan untuk jadi graduate member dahulu, jika tidak diterima, mungkin boleh kemukakan permohonan untuk melepasi kelayakan tersebut.
Saya baru je approved reg as graduate technologies, dalam bidang yg sama BC. Nak tanya, bidang tu kita pilih ikut degree kita kan? Mcm saya mmg dalam kos CE cuma working dalam transportation industry. Dalam listing dia ada transport & logistic technology. Pengalaman kerja pulak more to qaqc. Mcm confius pulak rasanya. Tq
Ya bergantung kepada degree kita. Cuma Civil Engineering itu ada banyak disiplin, boleh juga kalau nak masuk ke disiplin transport & logistic tehnology. Takpa, pengalaman kerja tu boleh ceritakan apa kaitan dengan teknologi yang kita guna sepanjang kerja tu.
Nak tanya, kalau kerja dalam bidang construction tapi M&E dan bukan civil atau structure, kena ambil BC atau electrical untuk daftar Ts?
Saya rasa pilihan berdasarkan kita graduan apa..kalau graduan M&E, jadi boleh daftar for electrical..
Sy dalam proses assessment utk application Ts..debar juga..bidang pengajian dalam OSH, kerja dlm bidang fire rescue..jd ms sy apply Graduate Technologist, sy pilih bidang B&C.. Alhamdulillah setel..cuma tgh tunggu part assessment Ts..bayar RM 600.00 klu kna repeat..parah le..he3!Bila baca blog Ts. rs ada slow sikit debar..ha3!Tq Ts..shared pengalaman..
Alhamdulillah, semoga bermanfaat! All the best untuk assessment nanti!
Semasa saya ditemuduga, ada 3 panel. Yakni dari pihak industri dan MBOT sendiri. Soalan berkaitan resume yang kita hantar pada mereka. Resume tu saya hantar pada MBOT adalah laporan pengalaman kerja. Untuk approve graduate technologist tu kurang dari sebulan. Saya mohon 14/8/2020 dan lulus pada 9/9/2020.. kemudian saya mohon untuk TS pada 17/9/2020 dan terima emel untuk temuduga pada 30/10/2020..Temuduga pada 9/11/2020 dan saya terima kelulusan pada 15/12/2020..
Assessment tu ape ye ? Iv ke atau ujian?
Dan untuk Tc pula, akan ade ujian ke ye ?
Terima kasih.
Assessment tu dalam bentuk temuduga. Setakat ni hanya temuduga sahaja untuk mendapatkan Ts, tiada ujian seperti nak dapatkan Ir.
Saya beli dengan Ir.Ts. Yusaini di https://yusaini.onpay.my/order/form/mbot
Greeting to you.
Terima kasih berkongsi input pengalaman IV untuk certification Ts.
Saya sedang dalam perancangan utk apply secepat mungkin tahun ini. Justeru mohon pandangan Ts.Suhana tentang situasi permohonan saya ni:
1) Pengalaman kerja 13 tahun, 2008-2014 (6tahun bidang construction/building) & 2014-terkini (7tahun bidang healthcare facility management). Soalannya permohonan bidang mana yang lebih sesuai utk background saya, dan saya sudah apply Graduate Technologist (approved 2020) dalam bidang construction/building sepertimana kelayakan akademik dalam civil engineering.
2) Since dah tinggalkan bidang construction/building lebih 7tahun, curious juga soalan2 dari panel IV, boleh share tips topik apa yang mereka tanya selain daripada info dalam CV kita? Akta lain selain akta 768? Isu semasa?
3) Ada contoh soalan panel industri mcm mana? Panel akademik mcm mana?
Guidance dari Ts.Suhana amat dihargai!
Saya tak pasti macam mana tapi kalau soalan industri pembinaan perlu peka dengan teknologi semasa yang digunakan di tapak pembinaan atau peringkat rekabentuk misalnya. Soalan perbezaan dan penyelesaian masalah (tak ingat tapi ada ditanya.)
Perbezaan akta 768 dengan akta di dalam BEM, beza professional teknologis dan jurutera?
Tiada panel akademik.
Sebab saya buat PhD sekarang, mereka tanya juga tentang kajian saya dan impaknya pada industri pembinaan. Kalau dapat Ts nanti untuk kekalkan CPD macam mana kalau berada di luar negara?
Kalau bahagian saudara, mungkin ditanya dari segi pengurusan pembinaan dan boleh dikaitkan. Saya pernah bekerja jurutera penyelenggaraan dan fokus kerja pun sama macam saudara, beza saya di masjid dan saudara di hospital. Tka jauh beza barangkali.
All the best!
Depends on your type of CPD programme you have been through. Certain program ada beri sijil, kalau yang tak ada, I prefer to attach email confirmation or if you are able to get letter confirmation from penganjur, that will be great.
Sy Khairul.
Dalam pengetahuan Puan, sekarang dah bermula semula written assessment ke ye?
Sy pernah IV tahun lepas tapi bukan rezeki saya, saya fail.
Kalau ikut pengalaman saya, paid RM600 pada 25/2/2021 dan terima emel 31/3/2021 memaklumkan temuduga pada 7/4/2021.
Sy dah apply semula since 23/4/2022 paid RM600 tapi masih belum terima emel, yakni dah 2 bulan masih menunggu emel.
Saya tak pasti tentang written assessment tu, macam tak buat lagi. Setakat ni hanya temuduga sahaja. Boleh tahu sebab gagal?
Please be informed that we have reviewed your application. There are a few items that need to be verified before we proceed further.
Based on your academic qualification and current experience stated in your resume, the secretariat needs some clarification between your expertise and the technology fields that you have chosen for the application. With that, we need your kind help to fill up the First Review as attached below.;
The reason for this requirement is to ensure that your current practices and skills are related to a technology whereby MBOT looks at technology-based professions that cut across discipline-based from conceptual design to a realized technology regardless of your academic qualification.
FIRST REVIEW QUESTION FOR ENTRY LEVEL APPLICATION
GRADUATE TECHNOLOGIST / QUALIFIED TECHNICIAN
PART 1: PERSONAL PARTICULARS
Full Name:
IC / Passport No.:
Contact Number:
Email Address:
MBOT Technology Field: Manufacturing & Industrial Technology (ME)
Category: Graduate Technologist Qualified Technician
PART 2: ACADEMIC QUALIFICATION (start with the most recent)
No. Name of Certification Year of Study Awarding institution Year
Awarded
1.
2.
3.
4.
5.
PART 3: WORKING EXPERIENCE (start with the most recent)
No. Employer Name Duration
(Month/year) Position Job Description
1.
2.
3.
4.
5.
FRQ/V2/07/22
PART 4: PROFESSIONAL CERTIFICATE/ COMPETENCY CERTIFICATE/ LICENSE IN TECHNOLOGY AND
TECHNICAL (start with the most recent)
No. Certificate Name Recognition Body MBOT Technology Field
1.
2.
3.
4.
5.
PART 5: SUMMARY OF RECENT EXPERIENCE RELATED TO TECHNICAL & TECHNOLOGY (the answer
should not exceed 1000 words)
Your answer needs to covers any/ combination of technical and technology services stipulated
under section 16, Technologist and Technician Act 2015. Please tick (/) your technical and
technology services involved.
Product Development
Product Manufacturing
Product Testing
Product Commissioning
Product Maintenance
Product Testing
Product Commissioning
Product Maintenance
Graduate Technologist Qualified Technician
1. How do you apply
technological knowledge in your current job?
FRQ/V2/07/22
2. Provide proof of technological application in your practices that is aligned with the
Technology Field applied.
PART 6: REFERENCE (family members and relatives cannot serve as reference)
Full Name
Position
Organization
Telephone number
Email Address
Full Name
Position
Organization
Telephone Number
Email Address
Masa apply Professional Technologist tu Cik bekerja ke fulltime PhD?
Saya nak apply Ts juga tapi sekarang tidak bekerja dan fulltime PhD.