Saja nak bebel..
Entahlah, kekadang aku pun tak tahu
kenapa aku buat PhD neh?
Saja random thought pepagi buta ni,
sekarang jam 3:30pagi, aku tengah reply email lecturer yang tolong aku buat
research ni, I’m just stuck and hopefully dia dapat bantu aku.
Anyway, aku takde geng nak cerita
pasal research aku ni, Cuma first year ni aku kena kaji pasal leachate or water
contamination yang datang dari sand aku buat ni. So banyak chemical analysis
aku kena buat instead of benda-benda geoteknikal yang aku kena kaji. Anyway,
aku kan memang minat environment, ok lah kan? Haha..nanti dah masuk analisis
geoteknikal, makin pening aku.
Dulu aku takde idea langsung
research aku ni pasal apa. Lepas tu gelabah lah datang je terus SV aku tunjuk
lab bagai semua untuk aku buat, like masa tu aku baru 3 hari datang Edinburgh,
ko rasa? Mujur dua minggu lepas tu total lockdown! Fuh..aku bersyukur sangat
sangat lah kan sebab banyak masa aku untuk study balik apa aku buat sebenarnya
ni kan.
Tapi dah hampir setahun ni, boleh
lah aku rasa pemahaman aku pada topik hydrophobic sand ni meningkat kepada
0.01%..hahaha..kalau nak cerita secara layman, aku tak pandai lagi. Richard Freyman
pernah kata, kalau kita tak mampu nak jelaskan ilmu kita ada secara mudah
kepada orang, maka sebenarnya kita tak kuasai lagi sepenuhnya ilmu tu. Gituh
hah! So korang yang baca ni doakanlah aku eh..eh!
Bulan Mei ni aku punya defend
proposal. Nak melayakkan aku untuk dapat jadi pelajar PhD atau tidak. Nervous
aku, semoga semua ok ok saja.. tapi report pun tak siap lagi..haha..padah lah
kau Suhana weyh!
Aku macam nak pergi makan Chimaek
dekat Manchester, tapi kena drive 4 jam nak ke sana. Sekejap yakin, sekejap
idok dengan kereta aku tu..gituh hah! Tapi ni tak tidur lagi, mahu tenggelam je
lah impian nak makan Chimaek tu..
Ok itu je aku nak bebel.
Adios!
20Februari2021/0335am/HazeldeanTerrace
Comments
Ye, semoga kita dapat harungi dengan jayanya. Fighting! :D
Saya nak tanya, best tak Edin ? Saya nak pergi, teringin nak jalan sana dulu before apply phd kat sini. Tapi Malaysia masih PKP.
InshaAllah sepatutnya habis Februari 2023, tapi mungkin extend lagi setahun. Edinburgh best, cuaca just nice, even selalu gloomy tapi cantik giler!
Sambung belajar degree ke? Bila akan sampai tu? Boleh whatsapps nombor saya? InshaAllah saya akan cuba tanyakan pelajar pelajar di sini.
+447835541713