GrEP MARA: PART 4
Hi korang!
Lama pula aku tak update dekat
sini. Almaklumlah buat buat busy macam nilah..haha
Sekarang musim sejuk di sini,
Edinburgh turun salji lebat tahun ni. Jadi tahap hibernasi aku sangat tinggi ye
sekarang. Dah lah tidur tu memang kerja hakiki aku, bertambah waktu sejuk
begini, lagilah tahap kemalasan aku tu meninggi betul.
Ok, jom sambung cerita seterusnya.
Untuk kali ini, aku nak cerita
macam mana korang nak buat VISA?
Maaf lah kalau musim pandemik ni
cara buat VISA dah berlainan, tapi ni aku kongsi semasa aku buat Januari 2020.
Aku fly ke UK hujung Februari 2020.
Anyway, aku ucapkan tahniah pada
korang yang dah berjaya selesaikan urusan dokumen perjanjian dengan MARA,
tunggu duit 6 bulan pertama masuk ke bank anda..keceng keceng..gituhh..
Sebelum korang nak buat VISA ni,
pastikan korang dah dapat CAS Number dari pihak universiti. Korang akan dapat
setelah korang peroleh Surat Tawaran Tidak Bersyarat (Unconditional Offer) dari
pihak universiti, dalam 14 hari selepas itu, korang akan dapat CAS Number.
Mungkin kurang dari itu, sebab masa itu aku minta pihak admin fakulti buat
kerja cepat sikit..kurang 10 hari selepas aku dapat Unconditional Offer Letter.
Korang kena faham kenapa nak dapat
CAS Number ni penting dan kena awal!
Sebab proses nak dapatkan VISA
sangat lamaaa dan bergantung pada rezeki masing-masing.
Baiklah, ada dua cara untuk kau
mohon VISA belajar ini.
Pertama, melalui ejen.
Jangan risau, pilih ejen pendidikan
yang memang legit. Diorang takkan tipu inshaAllah. Korang akan dapat free kalau
dari awal proses minta surat tawaran korang dah minta pihak ejen carikan (tiada
yuran untuk proses permohonan dengan ejen).
Kedua, kalau korang buat proses
permohonan secara sendiri, tapi masa buat VISA nak minta ejen buatkan dan FREE!
Pastikan universiti korang tu affiliate dengan ejen pendidikan tersebut.
Maksudnya, mereka ni wakil sah universiti tersebut. Macam contoh, kalau di
University of Edinburgh, ejen sah mereka adalah MABEC atau AUG sahaja. So,
korang boleh minta tolong diorang. Boleh jadi mudah atau susah, bergantung.
Boleh jadi kena bayar juga sebab pada awal tak proses dengan diorang.
Otherwise, korang kena bayar untuk perkhidmatan ejen pendidikan seperti AUG,
IDP, etc ni untuk mohon VISA. Aku tak pasti berapa bayaran sebab dah lupa, ada
mereka yang beritahu. Dalam ratus juga rasanya.
Ok, masa itu aku malas nak tambah
kos.
Hence, ada kawan aku yang buat
permohonan VISA sendiri, jadi aku ada rujukan lah kiranya.
Cara ketiga ni lah, buat sendiri!
Haha..dia sedikit renyah sebab nak
jawab soalan tu, tapi korang chill sahaja buat tu sambil minum kopi. Kalau tak
faham nak isi maklumat apa, korang pastikan ada orang yang korang boleh rujuk
masa itu juga.
Permohonan VISA ini secara online.
Korang boleh pergi ke website
government UK untuk pilih student visa.
Ada beberapa pilihan, kalau korang
masa tu kat Malaysia, maka pilih lah “Apply Outside the UK”..
Alamak panjang pulak nak cerita
pasal isi permohonan ini, tapi nanti korang fikir lah sendiri..
Ok, lepas dah siap isi permohonan
tu semua, korang kena bayar NHS!
NHS stand for National Health
Service, means untuk insurans kesihatan korang. Yurannya adalah £470 setahun.
Bergantung pada berapa lama kau study, nanti tambahlah berapa tahun dengan
yuran tu. Kalau aku buat PhD ni, 4.5years keyh kena bayar! Adalah dalam
RM11,000 masa tu untuk bayar insurans kesihatan sahaja..huhu.. Bayaran guna
debit card, korang jangan risau! Hanya cuma pastikan korang setting sesiap
debit card tu untuk tujuan pembayaran berapa puluh ribu.. Lepas bayar NHS, baru
korang boleh bayar untuk VISA pula sebanyak £348, dalam RM2000 camtu. Kalau keluar
dalam dollar, jangan risau, lebih kurang je harga.
Ok, nak cerita pasal VISA dan NHS
ni boleh claim dengan MARA nanti.
Cuma..
Cuma..
Korang takkan dapat claim penuh ye.
Dalam erti kata, banyaklah yang short juga..haha..nasiblah noks..gituh reda
kan!
Boleh claim untuk pasangan juga ke?
MARA hanya taja pelajar sahaja,
bukan spouse. Maka, tanggungan sendiri jika nak bawa pasangan dan anak. Kawan
aku berhabis jugalah dalam RM44,000 hanya untuk buat VISA ni.
Oleh sebab suami aku pun tak cukup
duit untuk ikut aku, makanya aku hanya pergi sendirian sahaja.
Oh ye, kalau nak buat VISA untuk
pasangan, perkara paling penting korang kena ingat adalah, mereka kena ada Bank
Statement yang mana, kena lampirkan penyata bank yang sekurangnya pasangan ada
simpanan sebanyak £680 sebulan di luar London atau £845 sebulan di London,
jumlah selama 9 bulan. Jadi korang darablah tu semua dengan 9 bulan ye!
Berhuhuhu lah kekdahnya nak ada lebih kurang RM33,000 dalam bank kan??
Jadi kalau korang tak boleh provide
duit sebanyak itu, macam kawan aku, dia minta adik beradik, kekawan,sesapalah
yang boleh letak sekejap duit dalam bank korang, nanti VISA dah setel, dia
transfer balik duit yang ditumpangkan itu. Begitulah kekdah nak bend the law..
Alhamdulillah jika semua dah
settle, korang aka nada appointment dengan tempat buat visa namanya VFS Global
yang terletak dekat Wisma MCA, Ampang tu. Nanti korang akan dapat email dari
mereka, jam berapa dan dokumen apa yang korang kena sediakan.
Lepas selesai urusan di VFS tu,
korang kena tunggu email seterusnya dari mereka untuk ambil passport yang dah
siap dengan VISA.
Berapa lama nak tunggu?
Aku masa ini buat bulan Februari,
jadi bukan waktu peak sangat, aku bayar yuran proses normal dan dapat dalam
masa 7 hari je. Tapi kalau korang pergi waktu peak, macam Ogos, September tu,
memang makan masa juga lah. Ini semua bergantung kepada rezeki, ada kawan aku
dapat dalam masa 3 hari je. Banyakkan berdoa keh!
Selepas selesai urusan VISA ni,
korang kena buat salinan dan hantar pada pihak MARA. Selalu diorang tak minta,
tapi tahun 2020 tu tak tahu kenapa kena hantar pula. Jadi, sebenarnya, lepas
korang hantar salinan VISA ini lah baru…MARA akan bagi duit elaun 6 bulan tu ke
dalam bank. Tak lama, kurang 2 minggu je. Lepas dah dapat duit elaun tu, baru
aku tempat tiket penerbangan.
Oh, mengenai tiket penerbangan ini,
korang boleh je minta MARA belikan atau beli sendiri kemudian korang claim.
Masa aku belajar Master dulu, aku
minta MARA belikan, tapi kali ni sebab aku nak pergi dengan kawan aku, maka aku
beli tiket sendiri sahaja.
Aku guna satu agensi ni, murah juga
tiket kapal terbang dia. Transit di Istanbul selama 9 jam (aku sengaja ambil
lama sebab nak tour Istanbul percuma), kemudian baru aku ambil penerbangan ke
Edinburgh.
KL-Istanbul-Edinburgh sehala dalam
RM2300 sahaja dan 40kg luggage.
Hmm..apa lagi eh?
Itu je lah cara nak uruskan VISA,
tiket kapal terbang, claim..
Ramai tanya macam mana nak claim
dengan MARA?
Korang kena isi form atau korang
bagi surat rasmi tuntutan beserta resit yang ada sahaja. Jangan lupa bagi nombor
akaun bank korang sekali. Kalau nak tuntut dengan MARA KL, maka bagi nombor
akaun Malaysia, nak claim dalam matawang negara korang belajar, nanti jangan
lupa bagi nombor akaun bank korang di negara tersebut keyh!
Ok..itu je setakat ini.
Korang nak tahu lagi tak lepas
selesai semua ni nak buat apa? Dah sampai kat negara orang nak buat apa? Macam
mana nak cari penginapan? Sewa sendiri atau guna kediaman universiti??
Say yeaayyy untuk sambungan
seterusnya.
Kalau korang nak lah..hahaha..!
Comments
Untuk kemasukan elaun 6 bulan pertama, MARA prefer akaun Maybank. Tapi kalau ada CIMB pun masih boleh juga. Untuk luar negara, tiada tetapan bank. Ikut pilihan pelajar sendiri.
Yup, in fact dulu ada je dokumen yang tak lengkap lagi tapi hantar sahaja based on due date apa yang ada. Masa tu tak ada result IELTS (minta ganti guna medium English lain) dan offer letter dari university, pihak MARA accepted dan kena hantar smeua dokumen tu lepas dah dapat. I practised to attached with official letter stated any circumstances kalau tak dapat hantar dokumen dalam masa yang ditetapkan. Kalau ada yang tak lengkap, tak layak etc pihak MARA akan telefon.. kalau terlalu senyap tanya tanyalah khabar kat diorang ><
thank you so much
Berkenaan tuntutan bayaran untuk semester 1 tu saya tak pasti, tapi kalau ada ditulis mengikut surat tawaran atau dalam perjanjian jika boleh dituntut bayaran semasa semester 1, maka mungkin boleh. Jika tidak, maka ia mungkin menaja mengikut tarikh surat tawaran ketika itu. Apa-apa pun boleh dapatkan kepastian dengan semakan pihak MARA dan semak dokumen perjanjian.
Kalau ikutkan MARA nak surat dari majikan sama ada dah berhenti kerja atau cuti belajar. Tapi kalau mode full time study, should be ok kot..mungkin kena contact MARA semula, ni dalam negara kan?
sy nak tny berkenaan elaun..sy ada di Glasgow ni..untuk elaun sara hidup bulan ke tujuh, kita akan dpat pada hjung bulan ke enam atau dalam bulan ke tujuh ye? terima kasih
Elaun akan dapat hujung bulan ke enam selalunya.
Berkenaan nak claim balik visa, NHS & ielts, kak suhana kata MARA takkan bayar full kan? Tak bayar full tu dalam berapa % saaja MARA akan bayar balik ye?
Depends on your Lampiran A. Semua claim reflect to how Lampiran A. From there, you can compare the actual price and claim that you can make.
Depends on country your are pursue..UK outside London £1012, London £1200, Australia catchment A, AUD 1380..lokal RM800 tak silap..etc
MARA memang strict with the requirement especially working experience. But worth to try, if rejected try to appeal.
Kenapa pinjaman GREP belum dimasukkan ke dalam akaun saya walau dah lebih sebuan. Last sekali masuk sebulan lepas sebanyak 1 sen untuk pengesahan akaun. Kebiasaannya berapa lama tempoh yang diambil MARA?