GrEP MARA : PART 2
Aku bukan orang yang terbaik untuk korang rujuk. Tapi kisah ni korang boleh jadikan panduan untuk dapat idea bagaimana untuk korang dapat sambung pengajian di peringkat PhD dan cara untuk mencari penyelia (SV). Disebabkan syarat penaja adalah untuk mendapatkan tawaran dalam kelompok 30 universiti terbaik di peringkat dunia untuk subjek pilihan atau kelompok 10 terbaik di dalam negara tersebut, maka pencarian universiti bergantung kepada senarai universiti tersebut. Dari bulan April hingga Disember 2019, aku memulakan pencarian sehinggalah takdir Tuhan untuk aku berada di universiti 20 terbaik dunia. Korang tanyalah kawan-kawan terdekat aku, macam mana saban hari aku mengeluh nak give-up, tapi putus asa tak dibenarkan ketika itu. Patutlah ada kawan yang memanggil, “Perghhh budak Edin sekarang!”, walhal aku sedikitpun tak kisah tentang ranking terbaik ni, yang peduli adalah penaja aku, jadi aku kena akur. Dan juga dalam pengajian PhD, SV adalah faktor utama untuk kau cemerlang at