Hilang Kerja??? Tuntut Sistem Insurans Pekerja PERKESO...


Apa korang rasa bila tiba-tiba majikan bagi surat penamatan kerja?

Yes, buntu kan?

“Macam mana aku nak bayar hutang ni ya Allahhhhhh!”

Nak cari kerja pun bukan sekelip mata boleh dapat. Sukar. Payah.

Tak ramai yang tahu apabila anda diberhentikan kerja, sebenarnya anda dilindungi dengan insuran PERKESO.

Macam mana tu?

Adakah korang perasan sejak 1 Januari 2018, gaji anda dipotong untuk dimasukkan ke dalam PERKESO? Ya itulah caruman yang anda lakukan. Jadi, sememangnya anda layak untuk menerima insurans PERKESO ini.

Sebab tak ada orang lagi yang buat tutorial permohonan insurans PERKESO ni, jadi biar aku mulakan untuk korang mudah mendapat rujukan.

Sebenarnya korang boleh rujuk semua maklumat dekat laman web Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso sendiri, tapi takpa..dalam ni aku mudahkan cara untuk korang.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk memohon insurans ni, korang kena pastikan yang korang layak untuk memohon. Ok syarat yang diberikan adalah:

  •                           Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  •              Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

    3.        Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.
Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:
§   Pembuangan kerja dan pertindihan
§   VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
§   Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
§   Bankrap atau penutupan tempat kerja
§   Pembuangan kerja konstruktif
§  Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
§  Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:
§  Pembuangan akibat salah laku pekerja
§  Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
§  Persaraan
§  Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)

Ok dah semak?

Kalau anda layak, apa faedah yang akan korang dapat?

Ada dua faedah, dalam bentuk wang tunai dan juga latihan untuk meningkatkan kemahiran.
Contoh untuk Elaun Mencari Pekerjaan, kalau korang layak untuk dapat maksimum 6 bulan, maka PERKESO akan bayar secara mengikut jadual yang ditetapkan.

                  KADAR BAYARAN ELAUN MENCARI PEKERJAAN (EMP)
Bulan
Kadar Bayaran (% daripada Gaji Anggapan Bulanan)
                 Ke-1
                                  80
                 Ke-2
                                  50
                 Ke-3
                                  40
                 Ke-4
                                  40
                 Ke-5
                                  30
                 Ke-6
                                  30

GAJI BULANAN ANGGAPAN
Gaji bulanan sebenar bagi bulan itu
Gaji bulanan anggapan yang bersamaan bagi bulan itu
Gaji hingga RM30
                                RM20
Apabila gaji melebihi RM30 tetapi tidak melebihi RM50
                                RM40
Apabila gaji melebihi RM50 tetapi tidak melebihi RM70
                                RM60
Apabila gaji melebihi RM70 tetapi tidak melebihi RM100
                                RM85
Apabila gaji melebihi RM100 tetapi tidak melebihi RM140
                                RM120
Apabila gaji melebihi RM140 tetapi tidak melebihi RM200
                                RM170
Apabila gaji melebihi RM200 tetapi tidak melebihi RM300
                                RM250
Apabila gaji melebihi RM300 tetapi tidak melebihi RM400
                                RM350
Apabila gaji melebihi RM400 tetapi tidak melebihi RM500
                                RM450
Apabila gaji melebihi RM500 tetapi tidak melebihi RM600
                                RM550
Apabila gaji melebihi RM600 tetapi tidak melebihi RM700
                                RM650
Apabila gaji melebihi RM700 tetapi tidak melebihi RM800
                                RM750
Apabila gaji melebihi RM800 tetapi tidak melebihi RM900
                                RM850
Apabila gaji melebihi RM900 tetapi tidak melebihi RM1,000
                                RM950
Apabila gaji melebihi RM1,000 tetapi tidak melebihi RM1,100
                                RM1,050
Apabila gaji melebihi RM1,100 tetapi tidak melebihi RM1,200
                                RM1,150
Apabila gaji melebihi RM1,200 tetapi tidak melebihi RM1,300
                                RM1,250
Apabila gaji melebihi RM1,300 tetapi tidak melebihi RM1,400
                                RM1,350
Apabila gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500
                                RM1,450
Apabila gaji melebihi RM1,500 tetapi tidak melebihi RM1,600
                                RM1,550
Apabila gaji melebihi RM1,600 tetapi tidak melebihi RM1,700
                                RM1,650
Apabila gaji melebihi RM1,700 tetapi tidak melebihi RM1,800
                                RM1,750
Apabila gaji melebihi RM1,800 tetapi tidak melebihi RM1,900
                                RM1,850
Apabila gaji melebihi RM1,900 tetapi tidak melebihi RM2,000
                                RM1,950
Apabila gaji melebihi RM2,000 tetapi tidak melebihi RM2,100
                                RM2,050
Apabila gaji melebihi RM2,100 tetapi tidak melebihi RM2,200
                                RM2,150
Apabila gaji melebihi RM2,200 tetapi tidak melebihi RM2,300
                                RM2,250
Apabila gaji melebihi RM2,300 tetapi tidak melebihi RM2,400
                                RM2,350
Apabila gaji melebihi RM2,400 tetapi tidak melebihi RM2,500
                                RM2,450
Apabila gaji melebihi RM2,500 tetapi tidak melebihi RM2,600
                                RM2,550
Apabila gaji melebihi RM2,600 tetapi tidak melebihi RM2,700
                                RM2,650
Apabila gaji melebihi RM2,700 tetapi tidak melebihi RM2,800
                                RM2,750
Apabila gaji melebihi RM2,800 tetapi tidak melebihi RM2,900
                                RM2,850
Apabila gaji melebihi RM2,900 tetapi tidak melebihi RM3,000
                                RM2,950
Apabila gaji melebihi RM3,000 tetapi tidak melebihi RM3,100
                                RM3,050
Apabila gaji melebihi RM3,100 tetapi tidak melebihi RM3,200
                                RM3,150
Apabila gaji melebihi RM3,200 tetapi tidak melebihi RM3,300
                                RM3,250
Apabila gaji melebihi RM3,300 tetapi tidak melebihi RM3,400
                                RM3,350
Apabila gaji melebihi RM3,400 tetapi tidak melebihi RM3,500
                                RM3,450
Apabila gaji melebihi RM3,500 tetapi tidak melebihi RM3,600
                                RM3,550
Apabila gaji melebihi RM3,600 tetapi tidak melebihi RM3,700
                                RM3,650
Apabila gaji melebihi RM3,700 tetapi tidak melebihi RM3,800
                                RM3,750
Apabila gaji melebihi RM3,800 tetapi tidak melebihi RM3,900
                                RM3,850
Apabila gaji melebihi RM3,900 tetapi tidak melebihi RM4,000
                                RM3,950
Apabila gaji melebihi RM4,000
                                RM3,950

So andai kata gaji korang RM5000, jadi PERKESO akan kira berdasarkan gaji anggapan sahaja, bermakna anda akan dapat Elaun Mencari Pekerjaan sebanyak RM3950 sahaja. Jadi kiralah berdasarkan peratus dalam jadual sebelum ni.

Faham tak?

Ok aku bagi contoh, katakan gaji Aina dibayar sebelum ini RM4000. Maka gaji anggapan beliau adalah RM3950.

Untuk bulan 1, dia boleh menerima 80% dari gaji anggapan.

80% x RM 3950 = RM 3160

Jadi, PERKESO akan kreditkan duit tersebut di dalam akaun bank Aina.

Untuk bulan ke 2, Aina kena melakukan aktiviti mencari pekerjaan yang dipersetujui dengan Pegawai PERKESO. AKtiviti pekerjaan ni berbeza mengikut apa yang Pegawai nak kita buat. Contohnya, dalam masa sebulan selepas Aina mendapat elaun pertama, Aina kena lakukan aktiviti di bawah:

Mencari pekerjaan = 15 aktiviti
Memohon pekerjaan = 10 aktiviti
Temuduga = 1 kali

Kesemua aktiviti ni Aina patut kemaskini di dalam portal mencari pekerjaan. Portal ni sama semasa permohonan untuk dapat insurans ni. Bagi mencari dan memohon tu boleh disekalikan. Boleh cari pekerjaan di portal mencari kerja macam Jobstreet, Indeed etc, nanti screenshot permohonan tersebut dan muat naik sebagai bukti aktiviti sudah dilakukan.

TUTORIAL PERMOHONAN

Ok, lepas korang dah tahu korang layak untuk dapat insurans pekerjaan ni, seterusnya apa yang korang kena buat?


Ataupun korang boleh pergi ke pejabat PERKESO mana-mana untuk ambil borang permohonan kalau nak buat secara manual. Tapi buat atas talian kan lebih mudah dan pantas, tak gitu!

Langkah-langkah permohonan:
1.    Klik butang setuju
2.    Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang semak. Masukkan nama majikan dan tarikh anda diberhentikan kerja. Pastikan permohonan korang buat ni selepas tarikh korang diberhentikan tau!
3.    Pilihlah pejabat PERKESO yang senang untuk anda berurusan. Kalau kerja di Nilai, rumah dekat Shah Alam, korang pilihlah yang dekat Selangor. Mudahkan.
4.    Isi maklumat peribadi sampai habis.
5.    Akhir sekali korang kena muat naik salinan dokumen yang diperlukan.

Salinan dokumen tu adalah:
1.    Kad pengenalan
2.    Penyata gaji 6 bulan bekerja sebelum tarikh diberhentikan
3.    Penyata bank
4.    Surat pemberhentian kerja
5.    Surat tawaran bekerja

Jadi korang boleh tunggu dalam masa seminggu atau lebih, korang akan dapat email dari PERKESO mengatakan permohonan dah berjaya. Akan disertakan sekali dengan lampiran surat.
Kalau dah dapat lampiran permohonan berjaya tu, korang kena hubungi pegawai yang tertera di dalam surat. Buat temujanji dengan mereka,dank orang kena hadir ke pejabat PERKESO yang korang pilih dalam permohonan hari tu.

Nak bawak apa?

Takyah bawa apa-apa.

Sebab nanti pegawai PERKESO tu akan beri penerangan tentang faedah dan sebagainya dank orang kena tandatangan aktiviti permohonan kerja yang korang kena lakukan seperti mana aku kata sebelum ni.

Tunggu dalam masa 7 hari ke 14 hari, duit EMP (Elaun Mencari Pekerjaan) akan dimasukkan ke dalam akaun bank.

Alhamdulillah!

Seterusnya untuk tuntutan kedua, korang kena pastikan yang korang buat aktiviti mencari pekerjaan seperti yang dijanjikan,kemaskini di portal dan juga jangan lupa sertakan bukti mencari pekerjaan tu. Kalau ada temuduga, dapat exam online SPA ke itu pun dikira temuduga juga. Nanti sertakan sahaja email dari SPA itu sebagai bukti. Dah siap dan memenuhi tuntutan aktiviti, korang maklumkan kepada pegawai PERKESO yang korang dah buat semua aktiviti supaya mereka ni alert sahaja.

Dalam masa 7 hari ke 14 hari, duit EMP akan dimasukkan sebanyak 50% dari gaji anggapan.

Untuk tuntutan ketiga, EMP sebanyak 40%, ikut jadual kat atas lah. Kena ulang aktiviti mencari kerja macam tuntutan kedua tu.

DAPAT KERJA

Apa jadi kalau tiba-tiba anda dapat kerja? Buat Food Panda tu pun dikira kerja tau walaupun kita rasa itu kerja part-time sahaja.

Jadi korang boleh buat tuntutan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) sebanyak 25% dari gaji anggapan. Korang takkan dapat EMP dah.

LATIHAN
Untuk meningkatkan skill kemahiran korang boleh juga mohon latihan yang ada dalam pilihan PERKESO. Sepanjang latihan tu korang akan diberikan elaun sebanyak RM20 sehari.

Contoh latihan yang ada macam kursus Safety Health Officer oleh NIOSH.

Kursus latihan ni untuk harga sehingga RM4000 tau!

So berbaloi giler lah. Rugi kalau korang tak mohon yang ni.

HILANG KERJA BUKAN PENGAKHIRAN, IA ADALAH PERMULAAN

Baiklah, itu sahaja yang aku boleh bantu untuk korang lebih faham tentang macam mana nak buat tuntutan Elaun Insurans Perkeso ni.

Aku doakan pada korang yang sedang hadapi kesukaran kehilangan pekerjaan dan sedang cari pekerjaan lain, semoga urusan korang dipermudahkan oleh Tuhan.

Sedih tu memang sedih. Ambil masa untuk bersedih.

Tapi jangan sesekali putus asa pada rahmat Tuhan.

Aku percaya, akan ada sesuatu yang terbaik menanti korang kelak.

Khayr inshaAllah!



Comments

admin said…
Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk:

*Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan. Akan diberikan bantuan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

*Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

*Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional.

Maklumat lanjut :
Daftar Online Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso SIP 2020
Unknown said…
Soalan Saya Kerja 2 Bulan jan/Feb..31/2/2020 diberhentikan kerja kerana cuti( mc )kerajaan.apa patut Saya buat dalam keadaan pkp..
Syaheera said…
This comment has been removed by the author.
Syaheera said…
Assalamualaikum encik...saya ada satu soalan...kalau tuntutan emp seterusnya kalau saya lampirkan bukti pencarian pekerjaan sebelum menerima emp yang pertama (selepas permohonan tuntutan diluluskan) adakah dibolehkan? sebab saya baru menerima emp yang pertama agak lewat sedikit,jadi saya teruskan juga mencari pekerjaan sebelum menerima emp pertama ini. Terima kasih.
Suhana said…
Salam wbt Syaheera.. tak silap saya bukti pencarian kerja selepas dapat EMP pertama. Tak pasti tapi awak boleh hubungi pegawai yang menguruskan urusan SIP awak tersebut. Mereka sangat membantu. =)
Suhana said…
Saya tak pasti soalan tersebut untuk permohonan SIP atau tidak. Kalau kerja kerajaan saya pun tak pasti tuan/puan. Apa-apa pun saya doakan semoga dipermudahkan urusan dalam musim PKP ini.

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2