You-Turn!
“Masalahnya adalah saya tak tahu macam mana nak parking
dekat Puduraya ni.Selalu drop orang je,” ujar Kak Salwa.
Keadaan kota raya.Memang mula akan ‘hidup’ tatkala malam
menjelang.Kesesakan jalan raya memang memeningkan. Ditambah pula sambutan
Sejuta Belia yang diadakan, bertambah lagi lah kepeningan kami.
“Takpe, kita optimis. Jalan terus je kat depan.” Ayat
positif saya,memang akan keluar bila-bila masa.
Tapi terlebih optimis susah juga. Alamatnya sudah
beberapa kali kami terpaksa melakukan U-Turn semata-mata untuk mencari parking
di Puduraya tersebut. Masalahnya adalah apabila U-Turn pula terpaksa jauh dan
dalam keadaan jalan raya yang sesak dan sibuk!
Sumpah..Memang menguji kesabaran hambaNya!
“Tolonglah, saya dah pening banyak kali U-Turn je ni.”
Saya di sebelah diam..Seminit..Dua minit..
“Ha’a lah kak..Betul! Banyak U-Turn memang buat kita
pening! Terima kasih atas kata-kata itu,” balas saya.
Terpinga Kak Salwa mendengar!
“Iskh,betul lah. Memang pening kepala kalau banyak
U-Turn ni. Macam tu jugalah manusia yang banyak kali dah U-Turn,tapi berapa
banyak kali dia ‘pening’ dengan U-Turn nya tu?” sambung saya, mematikan rasa
terpinga sahabat di sebelah.
Anda faham?
Begini.
Seringkali kita mengungkap taubat, taubat dan taubat.
Namun begitu, ada sebahagian dari kita apabila sudah bertaubat dan insaf,
tetapi kembali kepada perkara jahiliyahnya lagi, masih melakukan maksiat yang
serupa. Bukankah golongan sebegini sebenarnya ‘pening’ dengan taubat yang
mereka lakukan?
Mauduk utama saya adalah perubahan yang kita sudah
janjikan pada Allah. Mahu berubah ke arah yang lebih baik. Namun, tika
menelusuri perjalanan menuju kebaikan kita itu, saat di persimpangan untuk
memilih, kita sendiri pening dan keliru. Sampai satu saat, kita sendiri akan mempersoal
“Apa yang aku mahu sebenarnya?”
“Eh,tengok artis ni dah berubah bertudung lah,” kata
adik saya ketika kami duduk bersama menonton televisyen.
“Berapa ramai orang mampu berubah ke arah yang lebih
baik? Tapi berapa ramai yang kekal dalam kebaikan itu? Berapa ramai yang
kecundang kerana tidak ada pengingat dan pembimbing? Acik perhati, artis yang
konsisten untuk berubah adalah golongan yang mengikuti benda ni.”
Sinis bunyi saya.
“Usrah?” adik menjawab.
Lalu saya hanya mengangguk sahaja. Tanda mengiya.
Saudaraku sekalian.
Muhasabah diri kita. Berapa banyak sudah jalan U-Turn
yang kita sudah ambil dan kadang kita sendiri pening dengan jalan itu? Adakah
kita masih mahu main-main dalam perkara perubahan ini? Ini bukan game yang
boleh di’reset’ kembali. Ini bukan perkara try and error. Bahkan pandanglah
perkara ini dengan serius tahap dewa!
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan
taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan
disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua
sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu
melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati,
berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu
sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap
kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.” (Surah
al-Nisa’, ayat 17-18)
Terima kasih Kak Salwa!
Kerna sudi bersusah payah untuk saya. Moga Allah mengganjari selayaknya
amal anda. Inni Uhibbukifillah ukhti..
Comments