Menuju lorong amal...
Terdiam dan terpaku. Ibarat tugu negara dirinya ketika itu. Jasad yang kelihatan seperti tidak bernyawa.
Bangun..bangun..tampar pipi tu sikit..
Apa yang berlaku?
Pengajaran yang ana dapat sungguh tak terjangka. Pulang dari aktiviti tersebut, termenung panjang di ruang kamar.Menyendiri, melayari satu persatu kisah hidup dahulu.
Aktiviti apa sampai kau termenung panjang sebegini?
Pagi hujung minggu lalu ana keluar beriadah bersama sahabat-sahabat. Tidak disangka usai beriadah ada kejutan pula. Kami akan menziarahi sahabat di pasar tani di Stadium Melawati. Ada aktiviti bersama Aqsa Syarif dan JIM, mereka melakukan jualan untuk mengutip dana dan kemudian disumbang kepada saudara-saudara di Palestin.SubhanAllah..mulia sungguh kerja mereka.
“Assalammualaikum,” sapa ana dan sahabat setelah sampai di gerai jualan.
“Wa’alaikumsalam,ha.. nanti tanya pada Aisyah kamu berdua jaga di lane mana. Ana kena gerak ke lane 8 sekarang ni, tak ada orang kat sana,” ujar Hanis pula.
Kami berdua berpandangan..
Lane??Jaga??Aisyah??....Buntu kepala kami yang baru sampai ni..
“Eh,Ya Allah..kamu,bukan esok ada exam ke?” terkejut Aisyah melihat kedatangan kami.
“Ada lah, tapi ikut Kak Adib, bawa kami ke sini.Kak Adib tengah cari parking lagi,” jawab kami.
Kedatangan kami tanpa di duga, jadi kami berdua turun untuk membantu Aisyah, di tambah dengan Ain dan Jannah yang singgah sebentar.
“Jom, gerak ke lane 6,”kata Aisyah.
Kami berempat yang masih buntu menurut sahaja dari belakang. Apa yang perlu dibuat sebenarnya, dengan membawa tin biskut berbalut SAVE GAZA dan dua buku bookmark?
“Nak kena buat apa sebenarnya ni?” tanya ana setelah sampai ke destinasi yang dituju. Entah lane berapa tak dapat dikenal pasti sebab dari tadi kami mencari lane 6 tidak berjumpa, sudahnya duduk sahaja di mana yang kelihatan kosong tanpa sukarelawan.
“Jumpa sesiapa,kemudian jual bookmark ni, tak kisah berapa dia nak beli, kemudian duit tu masukkan dalam tin ni. Duit ni kita salurkan untuk membantu saudara kita di Palestin,” ujar Aisyah sambil menunjuk bookmark yang berada di tangannya.
“Alamak, cuba Aisyah tunjuk skill sikit, tak reti lah,”balas kami berdua.
Kami memerhati Aisyah menjual bookmark tersebut. Terselit rasa ingin mencuba seperti mana yang Aisyah lakukan. Namun kekuatan itu masih tiada, alamatnya kami berdua berdiri kaku tanpa berbuat apa-apa.
Ya Allah,hadirkan kekuatan pada diriku untuk melakukan kerja amal sebegini..
Doa ana di dalam hati. Selang beberapa saat kemudian, ana cuba mengumpul kekuatan dan mencuba untuk menjual bookmark tersebut.
Cubaan pertama, menggeleng kepala tanpa senyuman di wajah seorang makcik tersebut tanda tidak mahu melayan..gagal..
Sabar Suhana, cuba lagi..
Cubaan kedua dan seterusnya,Alhamdulillah berjaya..Mula berani untuk menyapa dan menjual. Terima kasih ya Allah atas kekuatan ini.
Tidak lama kemudian, kak Adib datang dan membawa kami pergi. Baru tersedar masa sudah menginjak ke tengah hari. Puas kerana memperoleh pengalaman dan pengajaran yang cukup berharga pada hari ini.
Biarlah ana coretkan sedikit pengajaran yang dirasa perlu dikongsi bersama, untuk renungan dan tauladan :
- Ana dapat melihat sikap mereka yang menyumbang atau tidak, terselit sikap ana juga sebenarnya. Baru rasa terpana bagaimana perasaan tawaran ditolak tanpa tersenyum, memberi dengan keadaan yang terpaksa (Astaghfiruallahal azzim..mohon dijauhkan) dan sebagainya.
- Ketika berdiri untuk melakukan jualan, terlintas di kepala ana. Kalau yang menjual bookmark ini artis, pasti melimpah-melimpah duit di dalam tin biskut ni (hiperbola betul..). Justeru, betapa besarnya pengaruh mereka untuk mempengaruhi masyarakat. Mahu jadi artis ke Suhana? Oh..tidak..dijauhkan hendaknya..
- Ada hikmahnya apabila Palestin diberitakan digempur dengan hebat, pelayaran kemanusiaan di tahan dan sebagainya. Kerana apabila Palestin senyap tanpa isu(kerana tiada berita disiar), masyarakat kurang prihatin untuk memberi dan menderma.Habis tu, takkan nak suruh Palestin hari-hari teruk digempur, misi kemanusiaan di biar gagal dan sebagainya baru orang nak prihatin? Bukan macam tu..Kesedaran itu perlu diajar dan disemai sehari-hari. Televisyen punya peranan besar untuk memberi maklumat mengenai Palestin. Dahulu jika boleh diperuntukkan masa 5 minit untuk siaran berita mengenai Palestin, tetapi mengapa sekarang berita sebegitu tidak disiarkan lagi?
- Kemahiran berkomunikasi dan mempengaruhi itu penting. Itu yang ana pelajari..
- Keesokannya adalah hari peperiksaan untuk ana..apa termenung lagi hai Suhana...pergi mandi dan study!!
Ingatlah,tidak akan sempurna iman jika tidak mengasihi saudara sendiri. Masyarakat Islam di Palestin adalah saudara kita, jadi mengapa kita masih tidak punya kesedaran?
Erti hidup untuk memberi, bukan untuk memiliki..
Terima kasih ya Allah untuk tarbiyah sebegini..
Comments