Tiada bayaran untuk sebuah senyuman..


"Assalamualaikum dik,nak buka akaun ya..isi borang ni ya.."

"Waalaikumsalam,ya..saya nak buka akaun,oh..terima kasih."kata ana.

Layanan yang bagus bagi seorang pekerja kaunter.Tak ramai orang yang berhemah sebegitu.Tabik ana berikan pada pekerja di Tabung Haji.Perkhidmatan yang bagus membuatkan orang selesa untuk datang.

"Macam apa je orang kaunter tu,aku tanya pasal tiket je kot,di marah-marahnya aku.Tak macam kat Tabung Haji tadi,baik je dia layan,cubalah berhemah sikit," bebel kakak ana.

Berhemah.Itu kuncinya. Bukankah kita bangsa yang berbudi bahasa, mengapa di lenyapkan budi bahasa itu.Tidak perlu pun di bayar jika mahu bersikap ramah dan berhemah. Kadang-kadang ana rimas dengan gelagat sesetengah orang yang bekerja di kaunter ni. Bergaya biarlah padan dengan akhlakmu wahai saudara.

"Budi bahasa,budaya kita".Cubalah jadikan slogan itu satu realiti.

Ingat firman Allah ini. “sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)..

Bermula ukhwah dengan senyuman, maniskan wajah anda dengan sebuah senyuman.

Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).

Senyum itu pengubat hati.Orang yang sedang marah pun boleh jadi reda jika kita tersenyum.Tak percaya? Cuba kalian senyum tika marah.Ana yakin,tak jadi marah punya.

Buat peringatan kita dan diri ana.Berhemah dan berbudilah jika kerja kita memberi perkhidmatan. Ingat,bekerjalah niat kerana Allah,pasti kerja menjadi mudah.


Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2