APA YANG MEREKA MAHU?


Pelik,pelik dan pelik. Kenapa sampai jadi begini? Apa yang mereka mahu?

Ana punya kawan,beragama islam tapi dibesarkan dalam persekitaran kehidupan barat. Jadi tak peliklah kalau arak menjadi hidangan biasa bagi dia. Tapi mengapa smapai mahu menghina dan mempertikaikan mengenai Islam? Ana terkejut dengan terang dia mengatakan dia seorang atheis. Apa fungsi di dalam kad pengenalanya yang dinyatakan dia seorang beragama Islam.

Sungguh ana pelik,menghina Islam padahal dia seorang Islam. Ana ada juga kawan-kawan yang beragama kristian, tapi mereka cukup menjaga sensitiviti kami sebagai seorang muslim. Padahal dia sentiasa mencari hal menaikkan isu sensitive sebegini. Cukup kalau dia seorang sahaja yang mahu jadi seperti itu,jangan melibatkan orang lain.

Apa yang perlu dilakukan pada kawan ana seorang ni? Dah terlalu teruk agaknya. Nasihat pun tak diendah. Apa yang dia mahu sebenarnya?

Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2