Kenapa ayam?,,,Mungkin ini soalan yang akan ditanya kepada ana seawal perkenalan bersama teman-teman baru di universiti dahulu.Hanya senyuman ikhlas sebagai pengganti jawapan. AYAM.. mungkin bila disebut nama ini,maka terbayanglah masakan yang macam-macam, ayam gorenglah,rendang ayam lah, 1001 macam ada di dalam benak kalian.Tapi bagi teman-teman ana,mereka mungkin lebih mengenali 'nickname' ini daripada nama ana sendiri.Apalah yang istimewa ana pun tak tahu,Buat teman-teman ana yang ingin tahu kenapa AYAM? tidak nama lain..biarlah ana ceritakan sedikit di sini.. Alkisahnya bermula bila ana melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama tahun 2004-2005 dahulu. Ana menyambung pengajian di sekolah abang ana belajar dahulu.Mungkin ketika di awal persekolahan,ramai senior yang mengenali ana kerana faktor orang kampung ana pun ada sekali belajar kat sekolah tersebut,tambahan pula abang ana merupakan pelajar terbaik di sekolah yang sama. Tidak dinafikan kehidupan di a...