Posts

Showing posts from 2012

Eh, dah cuti sekolah daaa..

Image
                                         “Horeyyy..cuti sekolah!” Gegak gempita sekolah yang berada di hujung ladang getah itu dengan sorakan murid-murid yang ibarat baru pulang dari perang Badar. Melompat keriangan. Hantu getah pun boleh lari melihat keriangan mereka ini. “Eh, nak buat apa cuti sekolah ni? Latihan hoki setiap pagi. Lepas tu kita berkelah mandi sungai nak? Kita beli nasi lemak makcik Ida yang sedap tu buat bekal,” saran kawan saya, mengeluarkan ideanya yang bernas itu. Saya yang mengayuh basikal itu hanya mendengar dan mengangguk-anggukkan sahaja kepala tanda bersetuju. Zaman saya, waktu 90-an. Cuti sekolah adalah perkara yang paling best. Duduk berbincang sesama kawan, dan merancang aktiviti apa yang mesti dilakukan sepanjang dua bulan. Al maklumlah, tinggal di kampung. Aktiviti kami pastinya yang berkaitan sekitar kampung sahaja. Mahu ke bandar? Hurmm.. hentikan sahaja. Tiada tarikan bagi kami anak kampung untuk ke sana. Walhal, di kampun

Gelanggang amal..

Image
  Usai usrah selepas Subuh itu, saya bersiap-siap untuk pulang ke Ipoh. Meminta bantuan Kak Salwa untuk menghantar, Alhamdulillah tiket pula dibeli lewat, jadi memang harapan untuk saya mendapatkan tiket pagi tatkala cuti panjang yang pastinya sudah menjadi pilihan orang. Sekali lagi meminta bantuan Kak Salwa untuk menghantar ke KTM Shah Alam pula. Destinasi pilihan saya adalah KL Sentral meski masih ada tiket bas yang dijual untuk waktu seterusnya, tetapi saya lebih selesa untuk berlama-lama di tempat ini. Kuala Lumpur Sentral. Nama yang pastinya umum sudah mengetahui. Tempat transit untuk perjalanan kereta api, sistem aliran ringan dan pelbagai pengangkutan lain. Maka tidak hairanlah jika tempat ini memang sentiasa di kunjungi ramai manusia, dan saya adalah salah seorang darinya. Tiket sudah dibeli, masih ada tiga jam untuk saya melepaskan lelah berprogram sepanjang hari semalam dan mencari ‘sesuatu’ di sini. Sementara menunggu kereta api ke Ipoh samp

You-Turn!

Image
“Masalahnya adalah saya tak tahu macam mana nak parking dekat Puduraya ni.Selalu drop orang je,” ujar Kak Salwa. Keadaan kota raya.Memang mula akan ‘hidup’ tatkala malam menjelang.Kesesakan jalan raya memang memeningkan. Ditambah pula sambutan Sejuta Belia yang diadakan, bertambah lagi lah kepeningan kami. “Takpe, kita optimis. Jalan terus je kat depan.” Ayat positif saya,memang akan keluar bila-bila masa. Tapi terlebih optimis susah juga. Alamatnya sudah beberapa kali kami terpaksa melakukan U-Turn semata-mata untuk mencari parking di Puduraya tersebut. Masalahnya adalah apabila U-Turn pula terpaksa jauh dan dalam keadaan jalan raya yang sesak dan sibuk! Sumpah..Memang menguji kesabaran hambaNya! “Tolonglah, saya dah pening banyak kali U-Turn je ni.” Saya di sebelah diam..Seminit..Dua minit.. “Ha’a lah kak..Betul! Banyak U-Turn memang buat kita pening! Terima kasih atas kata-kata itu,” balas saya. Terpinga Kak Salwa mendengar! “Iskh,betul lah.

Jangan jadi 'peminjam' tegar!

Image
sebulan lebih, saya masih memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan. Selama itu jugalah saya pergi ke tempat kerja dengan bantuan rakan-rakan sekerja yang bagi saya cukup mulia hati mereka. Mengambil dan membawa pulang saya dari rumah ke tempat kerja. Di sekolah, anak-anak murid pula melahirkan tanda simpati mereka. Melihat seorang guru yang masih gagah untuk datang mengajar. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Moga sakit ini menjadi kafarah dosa buat diri saya yang cukup hina ini. “Ya Allah, janganlah lampu tu merah. Dah lambat ni.” Doa Kak Fara. Namun harapan apabila di kejauhan, lampu isyarat itu sudah berkelip-kelip memberi tanda supaya kereta berhenti. “Kenapa akak tak jalan je? Sempat lagi tadi. Kalau merah pun kita masih ada 3 saat lagi,” tanya saya mengeluarkan teori lampu isyarat yang dipelajari sewaktu pengajian dahulu. “Iskh..tak berani akak. Ni kereta orang, kalau kereta akak, memang dah lama redah je, tapi sebab kita pinjam dari

Anda trauma dengan KUNING?

Image
Tahun 2011. Kecoh negara dengan ‘lautan kuning’ hinggakan warna kuning itu seakan diharamkan tika itu. Perjalanan saya membaca sisi pandang anak-anak muda di blog dan facebook.Semuanya mahu mengeluarkan pendapat masing-masing. Tidak mahu kalah walaupun saya kira pendapat itu seperti tin kosong, yang tidak mengerti apa-apa.Hanya dilontar tatkala mendengar tanpa menganalisis perkara sebenar-benarnya. Keluar pula ketika itu golongan agamawan yang mengorek kembali sirah. ‘Puak Khawarij’ dan sebagainya. Anak muda seperti saya ini. Memerhati. Gelagat dan tarian setiap manusia yang cuba mendendangkan ‘nyanyian’ agar didengari di setiap pelusuk negara. “Anak muda b**** dan s**** je yang mahu turun perhimpunan ni.Haram,haram..tak pernah nak rasa ke keamanan negara ni. Makan, pakai semua cukup.” Salah satu status di facebook. Kini. ‘Lautan Kuning’ itu bergema kembali. Mengorek kembali rentetan peristiwa yang satu saat dahulu pernah memalukan Malaysi

Bingung di Perhentian..

Image
“ Suhana,enti taknak cari kerja lain ke?” tanya kawan saya ketika kami duduk berbual lewat petang itu. “Entahlah,tipulah kalau ana kata ana tak cemburu tengok kawan-kawan semua dah berjaya menjadi engineer, tapi ana masih kat sini juga,” seakan ada keluhan berat di hujung nafas. Berat soalan yang ditanya oleh kawan. Sama ada kemahuan atau tuntutan. Semuanya menjadikan ana  tidak tahu untuk membuat pilihan. Sejujurnya memilih kerjaya sebagai seorang guru tidak pernah ada dalam senarai pekerjaan saya selepas habis belajar. Namun saya percaya, manusia hanya mampu merancang, hasilnya Allah yang tentukan. Melihat kawan-kawan yang bergaji besar, glamour di dalam bidang kejuruteraan. Ya,siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan mereka semua. Seorang guru yang mengajar di sekolah rendah swasta. Sebenarnya, hal ini juga yang menjadi pilihan saya. Mempunyai perancangan mahu melanjutkan pelajaran sehingga peringkat sarjana sementara itu bekerja sebagai gu

"Oiii, jangan menyerah sebelum kalah!"

Image
“Why your house didn’t do any movement during that song? Just stand up like this?” tanya Teacher Fari pada saya. “We have some movement, but not practice yet teacher,” balas saya pula. Sekadar menyedapkan hati walhal idea masih lagi entah mana-mana. Melihat latihan Battle Cry kontinjen rumah Hamzah, setiap orang sudah pasti tahu bahawa rumah kamilah yang akan menduduki tempat terakhir bagi pertandingan ini. Hambar. Bosan. Hilang Semangat. Itulah yang terpamer di wajah anak-anak murid saya. Sudah putus asa mahu meneruskan perjuangan. Melihat kehebatan kontinjen rumah lain, mereka sudah gentar. “Ala teacher, bosan lah macam ni. Kita ni confirm kalah dah,” komandan sendiri sudah putus asa. Tatkala itu, membara dalam diri saya melihat rasa putus asa mereka yang belum lagi bertanding. “Kamu ni dari tadi asyik complain je, cuba bagi idea kat teacher, macam mana kita nak buat movement Battle Cry ni?” suara sedikit meninggi tanda marah pada kelemahan diri mereka namun masih b