Posts

Showing posts from June, 2011

Sayonara cinta..

Image
Saya kecewa! Itu yang saya mampu katakan sekarang. Sebabnya?? Oh.. mungkin ada bisa kata ini adalah perkara biasa, tapi bagi saya yang biasa itu adalah bahaya! Ila menunduk. Acu juga begitu. “Tahu atau tidak apa itu dosa?” saya menyoal mereka. Memang tazkirah minggu ini saya agak tegas. Bahkan bukan calang-calang tazkirah barangkali, mungkin lebih ke arah amaran dan ugutan! Oh, bagaimana tu? “Dosa tu bila kita buat salah,” jawab Acu. “Dalam hadis ada dikatakan dosa itu adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara, hati kita bergetar. Terketar bukan sebab apa, tapi takut. Takut orang lihat, takut itulah, inilah. Macam sign lah, bagi amaran, tapi kalau kita buat juga, maknanya kita ni menzalimi siapa? “ soal saya lagi kepada mereka berdua. “Menzalimi hati sendiri,” jawab Ila. “Ha, pandai Ila. Menzalimi hati sendiri. Jadi selama ni Ila mesej dengan pakwe tu semua, menipu kami ni tak ada rasa bersalah ke?” Saya pandang Ila, nampaknya sudah masuk ke mauduk utama. “En

Heyy Si Budak Dekan!!

Image
“Mak jumpa Firdaus dekat kedai tadi, tengok keretanya jenama dari oversea, baru lagi. Katanya dia buat business sekarang, dulu kerja dekat Tanjung Malim,” ujar mak saya. Teh yang masih berwap panas itu saya hirup sedikit. Berita di televisyen saya lihat dengan pandangan kosong. Mungkin otak ligat memahami maksud tersirat di hati mak. “Mak rasa kejayaan yang sebenar apa dia?” saya bertanya pula kepada mak. Mak diam. Berfikir mungkin dengan soalan saya. “Kita ni selalu pandang kejayaan material je, kereta besar, rumah besar, jawatan hebat. Tapi kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita berjaya jadi insan yang beragama, itu kejayaan maknawi. Mana yang mak nak? Anak berjaya rumah besar, kaya tapi culas solat, tak hormat ibu bapa, cucu pula tak reti solat semua atau mak nak anak yang ada rumah biasa, tak mewah macam kita sekarang tapi isi rumahnya beragama?” saya bersoal lagi. “Iskh, mestilah mak nak yang hormat mak ayah, beragama semua. Tak nak anak yang kaya rupa tu.” “N

Sharing: Tanpa bayang-bayang untuk kekal berdiri..

Image
SHARING IS CARING.. Saat saya membaca artikel ini, ianya terlalu bermakna buat diri saya. Ingin sekali saya kongsi artikel ini buat kalian.Moga ada manfaatnya juga. Sumber: My Bro Akh Mohd. Shah Rizal Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. An-Nisa' 4:104 Seiring dengan penambahan waktu, rencam manusia mencari dimanakah penghasilan hari-hari yang dituju. Bagi mereka yang tidak faham apakah ertinya kehidupan mudah sahaja berputus asa dan tewas sebelum tiba ke medan juang. Malas beramal punca hati berpenyakit. Hati berpenyakit membuatkan diri makin sakit, orang memandang jijik. Aduhai diri yang banyak melakukan kesilapan, sedarlah bahawa dunia bukan seperti apa yang diinginkan angan-angan kosong. Semuanya perlu berbayar d

Jangan rehatkan amal!

Image
“Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat seorang pemuda yang menghantukkan kepalanya pada batu yang besar sehingga terkeluar isi kepalanya. Nabi hairan lantas bertanya pada malaikat Jibril yang mengiring. Malaikat Jibril menjawab,”Inilah balasan pada yang melalaikan sembahyangnya.” Terhenti seketika cerita, menarik nafas sambil memerhati adik-adik saya. “Jadi, cuba Acu dengan Ila hentak kepala kat dinding sampai terkeluar isi kepala?” saya bertanya kepada mereka. “Tak nak.Ee..sakit..ngeri,” kata mereka. “Nah, Acu semalam tengok filem yang tunjuk orang isi kepala terkeluar kena hentak pun dah menjerit, inikan kita yang hentak sendiri, macam mana tu, kalau kita ni melalaikan solat. Melambatkan pekerjaan solat itu.” Saya menyambung, “ Dah azan, tapi bila ajak solat eh jap lah tunggu cerita Nora Elena ni habis dulu. Nah, di mana kedudukan Allah pada waktu tu, kita sembah Allah tapi kita utamakan cerita kat televisyen. Kita lalaikan solat, orang macam inilah yan

Aku kuat, maka aku diUJI..

Image
"Ya Allah,terima kasih aku atas ujian" “Aku rasa hidup aku ni macam suatu lawak, dari kecil aku hidup diuji, kuat sangat ke aku ni sampai Allah nak uji aku bermacam-macam.” Luah seorang sahabat saya di ruangan maya. Saya terdiam melihat mesejnya. Beristighfar berulang kali. Hidup ini memang takkan pernah sunyi dengan masalah atau ujian. Firman Allah:”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar dan penat”(90:4) Hanyasanya yang menyedari bahawa ujian itu adalah suatu anugerah untuknya, bukan suatu bentuk kezaliman Tuhan pada hambaNya. Bagi yang beriman, jika ditimpa ujian dan masalah, tidak pernah lekang rasa kesyukuran itu,kerna ia menyedari ada sesuatu yang Allah mahu mendidik dirinya. Buat sahabat yang saya sayangi, ingin sekali saya dendangkan sebuah kisah ini. Ada seekor monyet, yang sedang memanjat sebuah pohon. Tiba di suatu dahan, dengan tiba-tiba angin menderu laju menyapa tubuhnya yang kerdil itu. Bergoyang-goyang pohon