Gelanggang amal..
Usai usrah selepas Subuh itu, saya bersiap-siap untuk pulang ke Ipoh. Meminta bantuan Kak Salwa untuk menghantar, Alhamdulillah tiket pula dibeli lewat, jadi memang harapan untuk saya mendapatkan tiket pagi tatkala cuti panjang yang pastinya sudah menjadi pilihan orang. Sekali lagi meminta bantuan Kak Salwa untuk menghantar ke KTM Shah Alam pula. Destinasi pilihan saya adalah KL Sentral meski masih ada tiket bas yang dijual untuk waktu seterusnya, tetapi saya lebih selesa untuk berlama-lama di tempat ini. Kuala Lumpur Sentral. Nama yang pastinya umum sudah mengetahui. Tempat transit untuk perjalanan kereta api, sistem aliran ringan dan pelbagai pengangkutan lain. Maka tidak hairanlah jika tempat ini memang sentiasa di kunjungi ramai manusia, dan saya adalah salah seorang darinya. Tiket sudah dibeli, masih ada tiga jam untuk saya melepaskan lelah berprogram sepanjang hari semalam dan mencari ‘sesuatu’ di sini. Sementara menunggu kereta api ke Ipoh samp