Menjadi luar biasa di hari korban!
Suasana perumahan pagi ini agak sunyi. Mungkin kerana tiada suara kanak-kanak yang berlari dan bermain.Kebanyakannya sudah pulang ke kampung. Alhamdulillah. Allah memberi keizinan untuk merai dan menginsafi pada hari yang penuh dengan sirah pengorbanan ini. “Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang mengambil jalan kembali hanyalah kurang dari 100. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menunaikan perintah Allah tanpa ragu-ragu walau bakal ada darah yang tumpah di bumi. Nabi Muhammad SAW ditentang hebat sepanjang dakwahnya di Mekah. Siti Hajar ditinggal di bumi tandus yang kering kontang ditinggal suami tercinta. Mereka ini adalah sebahagian dalam lipatan sejarah yang melakukan pengorbanan hanya untuk Islam dan mencari redha Allah. Namun begitu, masyarakat pada hari ini sanggup mengorbankan Islam hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Apakah tidak ada rasa malu pada Allah?” Suara khatib membaca khutbah raya. Menjalar keinsafan diri,menunduk wajah ke lantai bumi. Memahami ayat-