Posts

Showing posts from 2011

Memandang 'hari esok'..

Image
Mari mulakan langkahan kita untuk 'hari esok"! “Apa cita-cita antunna?” soalan terjah dari saya untuk anak-anak bulatan pelangi. “Jurutera.” “Sambung Master.” “Jadi usahawan.” Dan seterusnya. “Cita-cita akak pula apa?” tanya mereka mengenakan saya pula. Menunduk sebentar untuk menyusun kata. Sambil tersenyum. “Alhamdulillah, cita-cita yang murni. Semua orang punya cita-cita yang hebat,tapi apakah sekiranya jika cita-cita sekadar di dunia saja? Cita-cita akak? Tentunya mahu mendiami syurga Allah,” jawab saya sambil memandang semua. Terdiam mereka. Hening suasana. “Cita-cita ini penting kerana dari inilah yang menggerakkan kita untuk melaksanakan perkara tersebut. Tetapi harus diingat bahawa tidak guna kita merancang masa depan tetapi sekadar hanya di dunia,sedangkan cita-cita di akhirat nanti mana? Bahagiakah sekadar meraih kepuasan di dunia tetapi menderita sepanjang hayat di akhirat sana? Inilah yang membezakan cita-cita kita sebagai seorang mukmin dengan c

Menjadi luar biasa di hari korban!

Image
Suasana perumahan pagi ini agak sunyi. Mungkin kerana tiada suara kanak-kanak yang berlari dan bermain.Kebanyakannya sudah pulang ke kampung. Alhamdulillah. Allah memberi keizinan untuk merai dan menginsafi pada hari yang penuh dengan sirah pengorbanan ini. “Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang mengambil jalan kembali hanyalah kurang dari 100. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menunaikan perintah Allah tanpa ragu-ragu walau bakal ada darah yang tumpah di bumi. Nabi Muhammad SAW ditentang hebat sepanjang dakwahnya di Mekah. Siti Hajar ditinggal di bumi tandus yang kering kontang ditinggal suami tercinta. Mereka ini adalah sebahagian dalam lipatan sejarah yang melakukan pengorbanan hanya untuk Islam dan mencari redha Allah. Namun begitu, masyarakat pada hari ini sanggup mengorbankan Islam hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Apakah tidak ada rasa malu pada Allah?” Suara khatib membaca khutbah raya. Menjalar keinsafan diri,menunduk wajah ke lantai bumi. Memahami ayat-

Akulah si Logam Bongkah Rubik!!

Image
"Binaan bongkah rubik sepertinya binaan manusia yang kompleks" “InsyaAllah.Moga program tu berjalan lancer.Ameen.Sampaikan salam Mira pada akhawat yang lain ye.Rindu kalian syadid! Minggu lepas pun Mira join ISK di Jitra. Rindu pada kenangan yang membuatkan ukhuwah kita bertaut.” Ya,saya termenung seketika. Menyelami bait-bait tulisannya. “Rindu pada kenangan yang membuatkan ukhuwah kita bertaut.” Kenangan itu sudah hampir setahun berlalu. Namun disebabkan kenangan itu,ukhuwah kami menjadi luar biasa. Rindu kami berpandukan pada Ilahi. Agak luar biasa sebenarnya. “Teknik akak berkesan! Jangan lupa bawak tau, Mira pun nak cubalah buat macam akak jugak, boleh tautkan hati-hati kita pada minat yang sama.Heee.” Kami bertemu dalam daurah Ini Sejarah Kita. Ketika itu saya menjadi peserta. Satu perkara yang saya tidak lupa untuk bawa ketika itu adalah bongkah Rubik a.k.a Rubic Cube. Jadi,setiap kali sesi rehat. Tangan saya ligat bermain, dan mereka yang lain, memandang

Erti sebuah DOA..

Image
Dengan namaMu ya Allah. Mungkin masih tidak lewat untuk saya mengucapkan Eid Mubarak kepada pembaca blog Musafir Ilmu sekalian, memandangkan kita semua masih berada di mood bulan Syawal lagi kan? Taqabalallahu minna wa minkum. Blog yang semakin bersawang, Alhamdulillah masih ada kesempatan pada pagi hening ini untuk saya mencoretkan sesuatu. Moga ada manfaat untuk semua. Jom baca! Saya berniat untuk menunaikan solat terawih pada malam terakhir ramadan itu di Masjid Jalan Diary di Ipoh. Saya jatuh cinta untuk ke masjid sana. Alunan kalamullah dari Sang Imam memukau hati saya yang mendambakan secebis ketenangan dari Tuhan. Namun,jarak yang jauh dan faktor malam menjadikan batas saya kaku untuk kembali ke sana. Mujur abang saya berkesempatan untuk pulang sementara berbuka puasa. “Acik, hang nak solat terawih kat Masjid ke?” pertanyaan abang pada saya. Alhamdulillah,seakan-akan Allah mendengar bisikan hati yang rindu pada rumahNya. Terkoyak senyuman dari bibir saya. Puasa k

Contest "Andai Ku tahu ini Ramadan terakhir"

Image
Bismillah wa hamdalillah. Mengambil semangat Badar, dengan penuh kesyukuran saya dengan rendah hati menganjurkan satu contest untuk para pembaca. Tajuk cerpen yang telah ditetapkan adalah “Andai ku tahu ini ramadan terakhir”. Anda bebas untuk menulis apa-apa tema sama ada, kemanusiaan, dakwah, cinta, atau sebagainya. Sebagai penilai, saya akan meneliti karya anda berdasarkan tahap kreatif serta mesej yang mahu disampaikan. Jika cerpen ini sesuai untuk dibaca pada semua genre, itu adalah satu kelebihan untuk anda. Wah, dah bagi satu hint ni! Syukran ala kulli hal buat sahabat baik saya yang sudi menaja semua hadiah pemenang. Ini adalah satu penghargaan buat saya yang terlalu kerdil dalam bidang blog dan penulisan ini. Ayuh, sertai! Saya amat meraikan penulisan anda. Tarikh tutup bagi penyertaan contest ini adalah pada 30 Syawal 1432H / 28 September 2011M . Syarat-Syarat Penyertaan: Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (tidak diwajibkan untuk menjadi fo

Contest Aku Berpuisi- Sang Penyeru Gagap

Image
Angin debu menampar wajah duka Menghirup udara rimba Segarnya angin tidak mampu membunuh keluh resah di jiwa Kamulah si pendosa Yang mencabar kerajaan Sang Pencipta Layaknya kamu ini cuma hamba yang hina Tapi lakonmu seperti Firaun yang dihidupkan semula Kedatanganku ibarat Musa yang tidak ada mukjizatnya Namun atas rasa berjiwa hamba Aku bangkit untuk berkata Kembalilah kepada Yang Maha Pencipta Aku tiada tongkatnya si Musa Waima mampu mengeluarkan sinar putih bercahaya Yang aku ada hanya al-Quran dan Sunnah sahaja Itu sudah cukup bagi aku berani berkata Kepada kamu si pendosa Kembalilah kepada Yang Maha Mencipta Hey manusia yang tergagap tutur bicara Usulmu tidak aku ketahui dari mana Sialan mulutmu berkata aku Firaun yang dihidupkan semula Akan ku humban kau ke neraka Pencipta yang dikata Kelak baru kau tahu siapa Tuhan yang sebenarnya! Angin debu menampar lagi wajah duka Alam rimba ini menjadi peneduhku buat seketika Menjadi saksi Sang Pencipta itu Maha Berkuasa Neraka ya

Sedekah di Hentian Tapah..

Image
Saya,kakak dan ayah, berjaulah hari itu ke Shah Alam. Berehat sebentar menunaikan solat jamak di hentian rehat Tapah. Usai solat, pergi menemani kakak yang kelaparan. Saya memerhati sekeliling sementara menunggu kakak membeli makanan. Ramai orang yang singgah untuk makan. Menariknya melihat keluarga Cina yang makan rendang dan ketupat palas, memang jiwa malaysia ni.Tapi bukan itu yang menarik pandangan saya, dari kejauhan memerhati susuk tubuh si kecil. Memegang sesuatu di tangannya, pergi dari meja ke meja. Saya tahu akhirnya pasti si kecil ini ke meja saya juga. Dan.. “Kak, ni saya ada jual benda ni, duit derma untuk anak-anak yatim. Kalau akak taknak beli pun takpe, derma seikhlas yang akak nak beri,” ujar si kecil itu. Saya menjangka dia masih bersekolah lagi.Mungkin dalam lingkungan 12-13 tahun. Saya tersenyum. “Takpe dik, terima kasih ye.” Lalu kakak menegur,” Baru nak cakap, kenapa tak bagi je duit.Dah tadi dia kata derma je seikhlas yang nak diberi.” “Bukan

Ya Allah,siapalah saya ini..

Image
S aya tidak menyangka. Ketika karya saya dikeluarkan di web Iluvislam, ramai yang bertandang ke blog saya, malahan menjadi rakan di facebook dan ada juga yang menghantar emel untuk bertanyakan pendapat dan masalah. Ya Allah, tatkala ini saya bermuhasabah. Siapalah saya ini. Saya tidak layak untuk berbangga. Semuanya ini adalah ujian untuk saya. Adakah menulis keranaNya atau kerana nama. Apa yang saya ada cuba untuk saya berkongsi rasa. Hinggakan orang menjadikan saya sebagai tempat rujukan, itu dan ini bertanya. Itu kerana mereka punya rasa percaya yang tinggi kepada saya. Rasa kepercayaan itu mendorong mereka untuk bertanya. Anda percaya kepada saya walau tidak mengenal secara realitinya. Bukanlah saya mengatakan saya ini hanya berpura-pura, tetapi sedaya upaya saya mahu menjadi kuli Allah yang terbaik. Saya ini bukanlah seorang yang sempurna hingga orang lain menganggap saya ini punya kehidupan yang baik. SAYA DAN SEKOLAH! Saya juga punya masalah. Hingga saya pernah jat

Inilah bekal yang terbaik!

Image
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, [Al Baqarah:183] “Rasanya, apa pesediaan yang paling penting sebelum kita menyambut Ramadhan yang pertama nanti?” saya menyoal ahli usrah ketika sesi tazkirah. Jawapannya pelbagai. Ada juga yang diam bersahaja. Lalu saya tersenyum dan bersuara. “Persediaan yang paling utama adalah kita memohon taubat dan keampunan yang sebanyak dan sesungguhnya kepada Allah. Supaya hati kita yang kotor dan hitam ini dapat dibersihkan dengan siraman taubat.Ingatlah, hati yang bersih, mampu meresapi semangat ramadhan.Inilah motivasi kita.” Setelah sebelas bulan kita menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi, diri kita yang tercedera semasa sebelas bulan ini dengan serangan jahiliyyah dan kaum Api, maka Allah menghadirkan kita satu bulan yang penuh rahmah dan barakah. Bulan yang mana kita berpesta dengan ibadah yang sebanyaknya. Tiada hasutan dari kaum Api. Jika