Tiada bayaran untuk sebuah senyuman..
"Assalamualaikum dik,nak buka akaun ya..isi borang ni ya.." "Waalaikumsalam,ya..saya nak buka akaun,oh..terima kasih."kata ana. Layanan yang bagus bagi seorang pekerja kaunter.Tak ramai orang yang berhemah sebegitu.Tabik ana berikan pada pekerja di Tabung Haji.Perkhidmatan yang bagus membuatkan orang selesa untuk datang. "Macam apa je orang kaunter tu,aku tanya pasal tiket je kot,di marah-marahnya aku.Tak macam kat Tabung Haji tadi,baik je dia layan,cubalah berhemah sikit," bebel kakak ana. Berhemah.Itu kuncinya. Bukankah kita bangsa yang berbudi bahasa, mengapa di lenyapkan budi bahasa itu.Tidak perlu pun di bayar jika mahu bersikap ramah dan berhemah. Kadang-kadang ana rimas dengan gelagat sesetengah orang yang bekerja di kaunter ni. Bergaya biarlah padan dengan akhlakmu wahai saudara. "Budi bahasa,budaya kita".Cubalah jadikan slogan itu satu realiti. Ingat firman Allah ini. “sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menja