Posts

Showing posts from January, 2010

Al Quran dah pun menjawab segala-galanya

Image
KENAPA AKU DIUJI? Surah Al-Ankabut ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang- orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? Surah Al-Baqarah ayat 216 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. KENAPA UJIAN SEBERAT INI? Surah Al-Baqarah ayat 286 Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. . RASA FRUST? Surah Al-Imran ayat 139 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA? Surah Al-

APA YANG MEREKA MAHU?

Image
Pelik,pelik dan pelik. Kenapa sampai jadi begini? Apa yang mereka mahu? Ana punya kawan,beragama islam tapi dibesarkan dalam persekitaran kehidupan barat. Jadi tak peliklah kalau arak menjadi hidangan biasa bagi dia. Tapi mengapa smapai mahu menghina dan mempertikaikan mengenai Islam? Ana terkejut dengan terang dia mengatakan dia seorang atheis. Apa fungsi di dalam kad pengenalanya yang dinyatakan dia seorang beragama Islam. Sungguh ana pelik,menghina Islam padahal dia seorang Islam. Ana ada juga kawan-kawan yang beragama kristian, tapi mereka cukup menjaga sensitiviti kami sebagai seorang muslim. Padahal dia sentiasa mencari hal menaikkan isu sensitive sebegini. Cukup kalau dia seorang sahaja yang mahu jadi seperti itu,jangan melibatkan orang lain. Apa yang perlu dilakukan pada kawan ana seorang ni? Dah terlalu teruk agaknya. Nasihat pun tak diendah. Apa yang dia mahu sebenarnya?

KEMBARA SEORANG AKU

Image
2 minggu cuti semester lalu ana lalui dengan pengalaman baru. Menjalani praktikal di tapak pembinaan di Pahang ( projek ni kena rahsiakan atas arahan senior). Pelbagai perkara baru ana perolehi. Dari menjadi seorang penakut menjadi seorang yang berani. Ana mengikuti kawan ana menjalani praktikal di sana kerana permintaan ayahnya. Mula-mula teruja juga, tapi segalanya berubah apabila ana sampai di sana. Mungkin terkejut sedikit dengan suasana di sana. Apa yang ada? Hanya kedai runcit sahaja. Mahu ke bank mengirim duit atau teringin makan KFC atau ingin membeli belah? Lupakan sahaja. Sejam perjalanan baru sampai ke bandar. 2 minggu yang tiada apa-apa. Mahu melayari internet, broadband kena potong pula sebab tak bayar bil. Dalam erti kata lain, runsing eden. Tapi memandangkan kawan ana ni seorang yang kaki jalan, Berjaya juga kami sampai ke Kuantan yang jaraknya adalah 208km dari tempat kami. Bertukar status musafir kami. Kami ke Kuantan kerana nak makan di kedai MokNa je. Tak sia-s

SEMESTER BARU,HARAPAN BARU..

Image
Sungguh, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Maha suci Allah yang menjadikan setiap kejadian tiada sia-sia. Keputusan periksa semester lepas ana terima dengan redha. Walaupun sedikit kecewa kerana tidak tersenarai dalam anugerah dekan, tapi ana percaya masih ada rezeki untuk ana, mungkin di tempat lain barangkali. Mungkin usaha ana kurang barangkali,terimalah akibatnya kan. Namun begitu, itu bukanlah penyebab untuk ana terus berputus asa. Semester baru di iringi dengan azam baru. “Aku mahu skor straight A’s”, itu azam dalam hati. InsyAllah,doa kalian amat ana harapkan. Chaiyok,chaiyok!!!!

Ujian ini

Image
Entah mengapa belakangan ini bertimpa-timpa ujian melanda diri. Tersirat di sebalik ujian ini, ana yakin pasti ada kesalahan yang ana lakukan tanpa di sedari. Pelajaran pertama yang ana dapat adalah redha. Redha pada segala ujian yang di terima. Bermula dengan kehilangan telefon tangan ana ketika ana berada di stesen monorail Imbi. " Dik,tutup zip beg tu," ujar pengawal di situ. Bila pengawal menegur tentang zip beg ana yang terbuka, lantas ana sedar pasti ada yang hilang di dalam beg. Bila diperiksa semula, sah, memang telefon tangan ana di curi. Tapi yang peliknya kenapa pencuri tak ambil sekali kitab tafsir yang ana letak sekali dalam poket beg tu. " Pencuri takkan nak curi kitab kau, dah nama pun pencuri," kata kawan ana. Ana fikir dua buah telefon tangan ana dicuri. Jadi,ana berpatah balik ke Plaza Low Yat, beli telefon baru ( second-hand jer). Bila ana buka zip beg lagi satu, ana ternampak satu lagi telefon ana dalam tu. Subhanallah,rupanya