Debat dan aku
Bismillah..Sudah lama rasanya ana tidak mengasah bakat ana dalam dunia perdebatan. Sebenarnya ana memang berminat dalam arena debat tetapi atas sebab tertentu ana terpaksa meninggalkan arena ini. Kini ana mula mengorak langkah untuk mula memupuk minat menulis pula. Blog adalah salah satu medium untuk ana mengasah bakat. Sewaktu zaman sekolah, ana aktif dalam debat,forum,pidato dan sebagainya. Teringat lagi,kali pertama ana mewakili sekolah, pasukan ana berjaya mendapat naib johan di peringkat daerah.Bila di peringkat universiti,ana cuma aktif di tahun pertama sahaja. Persekitaran membuatkan ana tidak berasa selesa untuk terus dalam bidang ini. Mungkin orang keliling kata ini adalah cabaran. Menghadapi cabaran adalah lebih baik dari melarikan diri. Tapi ana tidak ada kekuatan untuk meneruskan perjuangan.InsyaAllah mungkin suatu hari nanti ana akan kembali dalam arena ini tetapi dengan penuh ilmu di dada. Debat berjaya menjadikan ana seorang yang berani untuk berhujah tetapi berasas deng