Anda trauma dengan KUNING?
Tahun 2011. Kecoh negara dengan ‘lautan kuning’ hinggakan warna kuning itu seakan diharamkan tika itu. Perjalanan saya membaca sisi pandang anak-anak muda di blog dan facebook.Semuanya mahu mengeluarkan pendapat masing-masing. Tidak mahu kalah walaupun saya kira pendapat itu seperti tin kosong, yang tidak mengerti apa-apa.Hanya dilontar tatkala mendengar tanpa menganalisis perkara sebenar-benarnya. Keluar pula ketika itu golongan agamawan yang mengorek kembali sirah. ‘Puak Khawarij’ dan sebagainya. Anak muda seperti saya ini. Memerhati. Gelagat dan tarian setiap manusia yang cuba mendendangkan ‘nyanyian’ agar didengari di setiap pelusuk negara. “Anak muda b**** dan s**** je yang mahu turun perhimpunan ni.Haram,haram..tak pernah nak rasa ke keamanan negara ni. Makan, pakai semua cukup.” Salah satu status di facebook. Kini. ‘Lautan Kuning’ itu bergema kembali. Mengorek kembali rentetan peristiwa yang satu saat dahulu pernah memalukan Malaysi