Allah mahu kita jadi baik..
Setiap orang punya potensi untuk menjadi baik. Kerna mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia. “Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk antum baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah jua yang menggerakkan hati-hati antum. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,” ujar seorang Sister pada sesi sharing. Kita mahu menjadi baik. Tapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu? Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan? Err..baik itu macam mana sebenarnya? Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain. Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan. Jawapan saya,tidak cukup baik. Kerna anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim. Apa tu hak sesama muslim??? Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru