Mesir bukan saudara saya?
Saya memerhati perjalanan pergolakan di Mesir. Hari ini sekali lagi bumi anbiya itu berubah landskap politiknya apabila Hosni Mubarak meletakkan jawatan setelah desakan rakyat sendiri. Allahuakbar! Apakah hikmah segalanya ini. Kuasa rakyat… Apabila pemimpin tidak menjalankan amanahnya dengan betul,maka tiada apa yang ada di bumi mampu membantu. Hatta air yang diempang lama akan pecah juga jika ditekan dengan dahsyatnya,begitu juga yang berlaku pada rakyat Mesir. Tiga dekad menanggung kepahitan dalam kehidupan,namun hari ini sejarah tercipta atas dasar kesatuan. “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungg