Pertandingan : Apa itu kitar semula..
Bumi yang tiada rimba,seumpama hamba,dia dicemar manusia,yang jahil ketawa.. Bumi yang tiada udara, bagai tiada nyawa, pasti hilang suatu hari, tanpa disedari... Bumi tanpa lautan, akan kehausan, pasti lambat laun hilang, duniaku yang malang... Sering kali lagu ini menjadi siulan saya ketika zaman kecil dahulu. Meskipun masih kecil,namun lagu yang didendang bukan sekadar hanya siulan,tetapi mesej yang cukup mendalam,bahawa bumi ini sudah sangat teruk keadaannya.Jika sudah dikatakan nazak,begitulah yang saya mampu katakan. Tahap kesedaran masyarakat di Malaysia mengenai perihal alam sekitar masih lagi tidak mencapai standard yang diharapkan.Masih boleh dikira,berapa ramai yang berfikir dahulu sebelum membuang sampah? Amat sedih melihat bumi ini binasa akibat tangan-tangan manusia yang sepatutnya menjadi khalifah terhadap alam ini. “Berapa ramai yang sedar betapa pentingnya kitar semula ini?Sedangkan kamu yang belajar tentang alam sekitar ni pun masih tidak ada rasa nak lakukan