Posts

Showing posts from September, 2010

Tuhan..dosaku menggunung tinggi

Image
"Saya telah melakukan dosa yang sangat besar. Sehinggakan saya sendiri malu untuk menghadap Allah atas tanggungan dosa saya ini.Adakah Allah bisa mengampunkan segala kesalahan saya?" "Wahai sahabatku, Allah itu salah satu sifatnya adalah Maha Pengampun. Makanya, pasti setiap dosa kita akan diampuni oleh Allah s.w.t. Dengarkan firman Allah ini yang bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53) " Kita disarankan untuk sentiasa bersegera dalam bertaubat serta tidak merasa putus asa atas segala yang kita pinta. Jika ampunan yang kita pinta, jangan berputus harap atasnya. Bertaubat bermakna kita menyesali sesungguhnya atas kesilapan serta maksiat yang telah dilakukan. Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini daripada mengalirkan

Iman bukannya warisan..

Image
Iman tak dapat diwarisi.. Dari seorang ayah yang bertakwa.. Ia tak dapat dijual beli.. Ia tiada di tepian pantai.. Begitu bait-bait lagu yang didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid tanah air. Benar, iman itu adalah ibarat permata berharga, perlu dicari dan dijaga sepenuhnya. Malahan iman ini bukanlah suatu warisan yang diperturunkan zaman berzaman seperti adab yang diwariskan. Mesejnya cukup mudah, jika ayah itu seorang yang beriman, belum tentu lagi anak-anaknya akan mewarisi apa yang dilakukan. Namun itu tidak mustahil berlaku jika si anak mendapat didikan yang betul dari ayah dan ibunya. “Aku kesianlah dengan ayah dia. Ayah imam tapi anak perempuan main hoki tapi tak tutup aurat, pakai short waktu main. Sebaik kau tak teruskan main hoki sekarang ni,” ujar abang ana ketika kami berbual dalam perjalanan pulang dari solat terawih. Jawapannya mudah. Iman tak dapat diwarisi.. Malahan iman itu tidak boleh dijual beli. Jika boleh diniagakan, merugilah pada yang kurang up

Di sebalik kotak segi empat itu..

Image
Rumah sewa kami mempunyai sebuah televisyen yang unik. Suaranya tiada,gambarnya ada. Malah gambarnya kurang jelas jika mahu dilihat.Namun kami bersyukur juga kerana sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen usang ini. Jika mahu mendengar suara,kami akan gabungkan dengan telefon kepunyaan ana yang mempunyai siaran televisyen. Unik bukan? Suara di telefon,gambar di televisyen. “Jaja,nanti kalau dah aku dah kahwin, kau hadiahkan televisyen ni pada aku ya,” kata ana pada teman serumah ketika kami sedang menonton televisyen. “Kau nak buat apa televisyen aku ni? Suara dah lah tak ada,gambar pun tak jelas. ” tanya Jaja dengan penuh kehairanan. Berkerut dahinya memandang ana. “Bukan apa,nanti aku tak nak anak-anak aku terlalu terpengaruh dengan televisyen ni. Rancangannya kalau banyak mendidik tak apa, ni banyak yang melekakan. Jadi,salah satu cara aku nak ajar mereka dengan menonton televisyen macam ni. Kau cuba bayangkan,dengan suara tak ada,siaran tak jelas, nak tengok pun tak