Posts

Showing posts from August, 2010

Jiwa yang merdeka..

Image
Ada seekor anak singa yang tersesat di belantara.Kemudian anak singa tersebut telah dijumpai oleh seekor ibu kambing. Kerana sifat ibu yang penuh kasih sayang,lalu dijaga anak singa itu seperti anaknya sendiri. Hari demi hari berlalu hingga tidak sedar anak singa itu semakin membesar dalam jagaan si ibu kambing. kawan sepermainan juga dari warga kambing. Namun,rupanya gah seperti singa yang menjadi raja rimba namun ada sesuatu yang tidak kena, apakah dia? Suatu hari, seekor singa dapat mengepung sekumpulan kambing yang sedang mencari makanan untuk dimakan. Dalam sekumpulan kambing itu terdapat anak singa tersebut. Lalu ibu kambing itu menyuruh anak kambing tersebut melawan singa tersebut. Kerana ingin membalas jasa sang ibu yang menjaganya,maka keluarlah anak singa tersebut cuba menyelamatkan 'kamu keluarganya'. Apa yang terjadi? Singa tersebut terkejut apabila terpandangkan seekor anak singa yang keluar dari celah-celah kumpulan kambing tersebut.Hatinya tertanya-tanya, apa yan

Apa bekal kita hari ni?

Image
RAMADHAN KE-12 Sewaktu kecil dahulu,mak sering membekalkan ana,kakak dan abang bekal ke sekolah. Sekadar nasi goreng dan ikan goreng beserta sebotol air masak. Duit sebanyak 30sen seorang diberi sebagai belanja untuk membeli jajan di kantin. Bagi ana,mak cukup bijak,,kerana apa ya ana berkata demikian? Kerana bekal yang diberi sudah cukup mengenyangkan perut kami dan duit yang berada di tangan tidak jadi di belanja,jadi kami menyimpannya di dalam tabung buluh buatan ayah.Mendidik secara berhikmah! Itu kenangan lama,tetapi pengajarannya sentiasa mengiringi kami sehingga ke dewasa. Baiklah, ana bukan mahu bercerita mengenai kisah silam mengenai bekal makanan ke sekolah,tetapi ana terfikir mengenai apakah bekal kita untuk perjalanan ke destinasi seterusnya yakni balik ke kampung akhirat. Bekal yang kita kumpul di dunia apakah sudah terisi penuh atau belum? Ana harap kita sedang menuju ke arah titik penuh,bukan semakin menjauh. “Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan hiburan

Mahu sekuat besi..

Image
RAMADHAN KE-11 "Dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah bagi manusia" (surah al-Hadid,57 : ayat 25) Ana mahu menjadi wanita besi! Erk..kau biar benar Suhana. Benarlah.Bukan bermakna ana mahu menjadi seperti wanita yang mengangkat berat atau bina badan itu,tetapi ana mahu menjadi wanita yang kuatnya ibarat seperti besi. Kukuh serta banyak gunanya. Menjadi asas kekuatan dalam sesuatu binaan. Manusia itu seperti besi.Perlu dijaga serta dipelihara sebaiknya agar tidak dicemari dengan karat-karat yang bisa merapuhkannya. Seperti itu juga manusia yang perlu menjaga dirinya sebaik mungkin dari dicemari anasir-anasir luar yang bisa meruntuhkan moral serta maruah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Cuba kita lihat serta renungkan. Besi itu asalnya kuat, tetapi apabila tidak dijaga,sentiasa terdedah pada udara yang mampu membuatnya berkarat, kekuatannya semakin berkurang,malahan boleh jadi reput.SubhanAll

Susah itu senang..

Image
RAMADHAN KE-8.. Harapannya jelas, meski bernada biasa. "Cara kita guna ni adalah Frobenius Method,di ambil dari nama orang yang mencipta rumus ni Frobenius. Suhana kalau buat kajian, dah dapat rumus sendiri nanti rumus tu panggil Suhana's Method,"ujar pensyarah subjek Matematik. Ana tersenyum.. Bergurau? Mungkin bagi mereka ya..Tetapi tidak bagi ana, kerana ana percaya seorang guru tidak akan berkata perkara yang hanya sia-sia.Bagi ana,itu adalah suatu harapan. Matematik itu susah? Ramai yang beranggapan demikian. Belajar mahu senang belaka. Disuruh berfikir mengenai nombor pun sudah botak kepala dibuatnya.Hakikatnya suatu perkara itu menjadi susah kerana dari awal kita sudah mengesetkan minda bahawa perkara itu susah. Be a positive thinker.. Belajar tipulah kalau ana kata tidak susah. Tetapi sejauh mana kesukaran itu yang sanggup kita hadapi dan depani. Sebagaimana subjek Matematik itu sendiri, susahnya mungkin terpaksa berfikir dan menekan kalkulator berulang kali,namun

Aku merasa semakin berdosa..

Image
RAMADHAN KE-6 Berdetak-detik hati Gelisah,resah..semuanya jadi tak menentu.. Aku terfikirkan hal nan satu ini.. Ku layari laman facebook untuk seketika.. dan ku jumpa satu video yang memaparkan sebuah cerita mengenai dosa yang sentiasa mengejari kita dengan cara apa? Gambar..ya gambar yang terpapar.. meski sudah ku berhati-hati dalam hal ini namun,bagaimana pula tingkah rakan-rakanku? yang memapar gambar tanpa kebenaranku? tanpa memikirkan apakah aurat rakan-rakannya sudah sempurna untuk di lihat? Lalu ku jadi bingung,dengan cara apa yang harus ku lakukan menegur sikap kalian yang sedemikian sedangkan gambar itulah yang menjadi alat untuk menimbulkan dosa dalam masa 24 jam sahaja,tidak terhitung banyaknya dosa tidakkah kalian terfikir? satu dunia mampu melihat anda jika auratmu kit asudah cukup sempurna ku fikir tidak mengapa namun bagaimana rakan-rakan yang lain pula? tidakkah kalian merasa berdosa meletakkan gambar mereka tanpa meminta izin juga? Sungguh ku tidak berdaya menampung se

Apakah niat puasa kita?

Image
SubhanAllah..Alhamdulillah, dalam waktu arus kesibukan yang sedikit menggila ini, ana dapat juga menyelit untuk menulis. Hari ini adalah ramadhan yang ke-5, seharusnya kita renungi apakah amalan yang kita lakukan sesudah 5 hari kita berpuasa. Adakah sedikit bertambah atau masih di takuk lama? Di sini ana ada sedikit kisah yang ana rasa perlu kita renungi semula. Ada seorang ayah,mempunyai 4 orang anak. Kemepat-empatnya mempunyai perwatakan yang berbeza. Pada suatu hari, si ayah baru pulang dari kerja dan meminta si anak mengambilkannya air. "Along, tolong bawakan ayah segelas air," pinta si Ayah. Dengan kaki yang menghentak-hentak tanda memprotes akan suruhan itu,si anak tetap juga menghulurkan ayahnya segelas air, sambil berkata " Asyik Along je yang ambilkan ayah air." Wajahnya kelat,masam mencuka, tanda tidak ikhlas jelas terpamer. Keesokan harinya, si Ayah pulang dari kerja dan meminta dibawakan segelas air, tetapi kali ini pada anaknya yang lain pula. "Ang

Menghitung detik penuh bermakna..

Image
Ku mula bicara ini dengan kalimah suci Bismillahirahmanirrahim. Segala puji serta selawat juga untuk rasul junjungan. Alhamdulillah,berkesempatan ana untuk menjenguk sebentar rakan-rakan blog setelah hampir sekian lama menyepikan diri. Sibuk...itu yang sering membelenggu diri apatah lagi mengejar segala jadual yang programnya mahu dilaksanakan sebelum ramadhan bermula. Ramadhan..satu bulan yang penuh setiap inci masanya dipenuhi barakah. Mengejar segala kebaikan yang mahu ditebus setelah 'menjahat' selama 11 bulan sebelumnya. Sungguh ana tidka sabar menanti kehadiran ramadhan ini. Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud: “Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesunggu