Mengubah sempadan minda..


Rancangan sudah diatur dengan kemas dan teliti.Sekarang cuma masa sahaja yang perlu ditunggu,tak sabar rasanya menunggu detik itu.Menanti dan menanti dengan penuh kesabaran.

Namun,takdir tetap mengatasi tadbir.Walau sehebat mana pun perancangan,Allah lebih baik perancangannya.Akur pada ketentuan,ana membatalkan misi rancangan ke Masjid Negara untuk Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati,menukar haluan ke Kem Herba,Sungai Congkak.Ada tanggungjawab yang perlu ana lunasi di kem tersebut.

Matlamat di semat bahawa pergi bukan dengan tangan yang kosong,balik juga bukan dengan jiwa yang kosong.Alhamdulillah,kesudahannya,ana merasakan suatu pencerahan yang sangat baik,ke mana hala tuju selepas ini,apa yang perlu dilakukan,apakah strategi yang perlu dilaksanakan…Segalanya ana dapat untuk tamrin selama 1 hari setengah ini.Maha Suci Allah, benar-benar mengetuk kesedaran pada diri.

Bermula dengan slot konklusi Ini Sejarah Kita serta Ghulam Dakwah,memberi semangat pada jiwa anak muda.Bahawa,besarnya peranan untuk meneruskan kelangsungan dakwah dengan alat,medium serta platform yang telah Allah anugerahkan pada diri.Kita manusia yang punya peranan untuk memimpin waima memimpin pada diri sendiri.

Dakwah fardhiah adalah slot yang amat ana teruja.Bersabar itu adalah kunci utama dalam melakukan dakwah fardhiah,jangan terlalu tergesa-gesa untuk melihat hasilnya.Bahkan konklusi itu kami tonjolkan dalam bentuk lakonan.Bagaimana membawa dakwah fardhiah kepada rakan yang mempunyai masalah solat lambat,masalah bercouple dan merokok.Tugasan yang kami dapat ini merupakan fenomena pada anak muda kini.Justeru,melakonkan tugasan ini dengan skrip spontan sangat mengujakan.Berfikir panjang ana pada malam itu..memikirkan tentang dakwah fardhiah terhadap rakan serumah.Bagaimana mahu menarik rambut di dalam tepung,agar rambut tak putus,tepung tak berselerak.Allahu Allah…berikanlah daku ilham serta kekuatan,huraikanlah ketakutan dan kekakuan lidah ini..

Saat ini….

Ana mencari sesuatu yang seperti tidak kena.Bermuhasabah tentang perjalanan dakwah fardhiah. Meskipun masih terangkak-rangkak,namun ana perlu banyak lagi mencuba.Kecewa apabila ajakan ditolak,itu bukan alasan untuk berhenti di sini.Sentiasa doa ana panjatkan,berbincang bersama Kak Ain semalam memberi ana satu pencerahan,merancang strategi baru barangkali..InsyAllah..

Detik ini….

Seakan ada batu besar yang menghempap pada kedua bahu ana.Mahu rebah namun segera ditopang dengan tongkat sakti bernama Iman..Ya Allah,berada di jalanMu ini adalah satu anugerah untukku.Matikanlah daku sepanjang jalan ini,meskipun jasaku ini ibarat semut dalam seguni gula.

“Talk with your heart,don’t talk with your mouth.Adik-adik,tak ada lagi orang yang adik jumpa,bila kita berdakwah kepada mereka,ada yang tutup telinga dengan tanganlah,apalah macam kaum Nabi Nuh..Orang-orang yang adik jumpa sekarang adalah yang masih ada basic agama,cuma mereka perlu diajak untuk lebih memahami,” ujar kak Azreen.

Ya benar,bagaimana cekalnya para Nabi dan Rasul menyampaikan dakwah,begitu jugalah ana perlu meneladaninya.Ya,kisah di Thaif itu menjadi kekuatan untuk ana.

PERANG DAKWAH DAN BELAJAR

Mahu menjadi seorang yang berjiwa daie dan berotak faqih,ana perlukan pengalaman serta meluaskan pembacaan.Sepanjang proses ini,ana perlu sentiasa belajar.

Rasulullah s.a.w bersabda :“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

“Jadi,mana yang lebih penting,,dakwah atau belajar?” tanya Solehah pada sesi bersama fasi.

“Dakwah..”

Senada jawapan kami semua,lahir dari hati yang jitu.

Ya,belajar dan dakwah adalah keperluan.Bukan lagi kehendak.Namun dakwah perlu diutamakan,kerna motivasi dari dakwah itu juga turut mengajar pendakwah untuk belajar.Bagaimana?

Jika berdakwah tanpa ilmu,apakah itu?Justeru,dai’e perlu sentiasa mantap dengan ilmu yang ada.Agar mad’u yang dibentuk juga insyAllah mantap.

Namun jika kita belajar,kadang-kadang tidak bersepadu untuk berdakwah.Kerna itu jika dilihat, betapa ramai cerdik pandai yang berjaya dalam kertas peperiksaan,namun gagal dalam pembangunan insaniahnya?Kita mahu buang teori seperti itu,buka teori baru bahawa jika mahu berjaya,berjaya betul-betul..maksudnya berjaya dalam segenap aspek,akademik,akhlak,dakwah dan sebagainya..

Pakar motivasi ada mengatakan,tidak guna jika kita pandai dalam satu perkara,namun bodoh untuk yang lainnya.Jadilah manusia yang bersinergi.

PENUTUP

Mentarbiyah mad’u perlu senada dengan kelajuan.Ada yang cepat tangkap,ada yang lambat..tapi asalkan matlamatnya adalah sampai yakni mencapai mardhatillah.

Seperti tujuan semua orang yang mahu pergi ke Kuala Lumpur,ada yang naik kapal terbang,cepat sikit sampai,naik kereta,cepat juga sampai,naik basikal,sampai juga tapi lambat sikit..jalan kaki pun sampai juga tapi teramatlah lambat.

Ya,yang pastinya dari analogi tersebut,tidak kisah bagaimana pun,asalkan matlamat yang kita mahu tuju itu sampai.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orangyang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Ini pesanan untuk ana khususnya,sedikit perkongsian untuk sahabat sekalian..

Comments

Anonymous said…
salam..memang benar dakwah dan agama mesti didahulukan dan diutamakan dalam apa jua keadaan.dalam belajar, utamakan niat untuk dakwah dan digunakan untuk agama Allah swt..
SuhaNa said…
to zam al-kulimi :

wa'alaikumsalam warahmatullah..setuju dengan anta.Hidup ini perlu penuh dengan dakwah.InsyAllah

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2