Thursday, July 22, 2010

Sehelai kertas kumal..


Ana pernah terfikir, jika ada setiap insan yang menerima bahan cetakan berupa bentuk tazkirah, peringatan, atau sebagainya, seterusnya kemana di simpan kertas cetakan itu? Diselitkan di celah buku kah? Ditampal di dinding bilik untuk peringatan? Di buang ke tong sampah? Ditinggal begitu sahaja di atas meja? Dijadikan pembalut kertas nasi lemak? Atau ada yang menyimpannya di dalam sebuah fail untuk dijadikan koleksi rujukan dan peringatan?

Agaknya kalian berada dalam situasi yang mana?

Hati ana sedih,kerana ana begitu mencintai ilmu hatta diconteng di kertas kumal sekalipun. Tetapi kertas yang berisi tazkirah begitu dipandang sepi dan diperlakukan begitu,apakan daya ana. AnaSaya begitu terkesan dengan inisiatif pertubuhan yang disertai sahabat ana. Kertas yang berisi tazkirah itu berwarna penuh, jika dikira kosnya pasti mahal. Apatah lagi isinya terkandung hadis dan ayat al-Quran yang berbentuk peringatan. Bertungkus lumus sahabat ana mengedarkan risalah tazkirah ini. Alhamdulillah, ramai yang mengambilnya, tetapi berapa ramai yang kemudiannya menyepahkan kertas itu begitu sahaja. Di tinggalkan di meja kuliah, kadang-kadang terjumpa di atas lantai pula. Masya Allah...tidak dihargai!

Mahal atau murah kos pembuatan, ana tidak mahu bicarakan di sini, tetapi tidakkah kalian terfikir bahawa ilmu yang terdapat di dalam kertas cetakan itu cukup berharga. Timely reminder! Kita sendiri mengakui sering sibuk dan tidak punya banyak waktu untuk kegiatan lain apatah lagi jika melibatkan hal urusan agama, justeru hadirnya bahan cetakan berisi tazkirah ini yang menjadi pengingat kepada kita. Definisi insan itu sendiri adalah lupa, jadi perlunya kita sentiasa diperingatkan agar tidak tersasar dalam matlamat kehidupan kita di dunia ini.

KISAH SEHELAI KERTAS BIRU

AnaSaya ada kisah mengenai hal ini. Moga diambil pengajarannya bersama..

Pagi jumaat itu, seperti biasa setiap pelajar mula bergerak untuk ke kuliah masing-masing. Yang tidak mempunyai kuliah pagi, mereka bergerak untuk ke kafe menikmati sarapan pagi.

Sumayyah bergerak pantas menghampiri rakan-rakannya yang sedang menunggu untuk ke kuliah bersama. Ada sedikit rasa mengantuk tetapi tetap ditahannya.

Sampai sahaja tiba di pintu lif untuk ke bilik kuliah,hatinya tertarik untuk mengambil risalah berwarna biru itu yang diletak di atas kaunter pengawal keselamatan. Oh,terlupa sebentar dia. Bukankah hari ini hari Jumaat, kebiasaannya ada risalah berisi tazkirah yang diedarkan. Hatinya tertarik untuk membaca pengisian tazkirah minggu ini. Untung-untung boleh dibuat modal untuk bercerita dengan rakan-rakan nanti.

“Betul,saya tidak berzina..”sebut Sumayyah perlahan membaca tajuk besar tazkirah tersebut. Kertas berisi tazkirah itu menarik hatinya untuk terus membaca tetapi segera disimpan kerana pensyarah sudah tiba. Hajatnya mahu menyambung bacaan di bilik nanti.

Usai kelas, melaju langkah Sumayyah untuk terus balik ke bilik,menyambung bacaannya mengenai isi tazkirah di helaian kertas biru itu. Ada sesuatu yang membuatkannya rasa tidak sedap hati mengenai penulisan penulis itu.

“Ya Allah, berdosanya aku, ampunkan aku Ya Allah..astaghfirullah,” laju air mata mengalir di pipi Sumayyah usai membaca tazkirah tersebut. Tidak disangka selama ini perkara yang difikirkannya betul, ternyata salah sama sekali.

Dia nekad!

Lalu dicapai handphone di sisinya,menaip pesanan yang pastinya bakal merubah hidupnya seratus peratus selepas ini. Isi di helaian kertas biru itu dibacanya berulang kali. Kemudian Sumayyah bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk,solat taubat perlu disegerakan setelah hati merasa menyesal!

Apa agaknya isi di dalam tazkirah tersebut? Yang pasti isi tazkirah itu adalah mengenai hal pelajar-pelajar yang berpacaran, alasannya mereka tidak melakukan apa-apa yang salah, tetapi jika sering berbual,bermain mesej, keluar bersama dan sebagainya, semua itu adalah jalan kearah zina. Malahan zina hati,zina mata dan sebagainya sudah berlaku.

Jika begitu,mengapa Sumayyah begitu menyesali tingkahnya?

Sumayyah baru sahaja mengenali seorang pemuda, cukup baik dan warak barangkali. Sering ke surau menunaikan solat lima waktu, mempunyai latar belakang keluarga yang baik, sering mengingatkannya mengenai perkara-perkara agama, justeru kerana jatuh cinta,mereka berpacaran.

Wanita mana yang tidak jatuh hati jika pemuda itu seorang yang begitu menjaga solatnya? Begitu lah yang difikir oleh Sumayyah. Tetapi ternyata langkahnya salah, nafsunya sendiri mengenepikan peranan akal. Meski tidak pernah berdating, bertemu dua mata, kerana difikir menjaga adab dalam bercinta, maka SMS dan panggilan telefon menjadi penghubung.

Zina hati sering mengingatkan sang kekasih,itu yang dirasakan oleh Sumayyah, kerana itu dia menangis semahunya kerana rupanya apa yang dia lakukan ini adalah suatu dosa,besar sekali dosa itu yakni menghampiri zina!

SubhanAllah..ana begitu terkesan sekali dengan cerita ini. Hanya sehelai kertas yang berisi peringatan, dapat menyelamatkan seorang insan dari terus hanyut dalam tipuan duniawi. Besar sekali pahala yang diterima sang penulis itu.

Justeru,ana mahu menjadi seperti penulis itu. Memberi peringatan demi peringatan sesama kita yang sering alpa ini,kerana ana percaya di dalam sejuta orang yang membaca penulisan ana ini, insyAllah pasti ada yang terkesan juga barangkali,dengan izinNya juga.

Jadi,hargai setiap helaian tazkirah itu,kerana mungkin di dalamnya terkandung hidayah yang kita sendiri tidak ketahui.

Percayalah, hidayah Allah itu ada dimana-mana waima di helaian kertas yang sudah kumal pun.

Menulis itu amanah,menulis itu satu medan dakwah!

Sunday, July 18, 2010

Belasungkawa untuk sahabatku...


Entah kenapa....

Pagi tadi,saya berbual dengan rakan sekolah di ruang alam maya. Dia memberitakan sesuatu kepada ana bahawa rakan sekolah kami sedang nazak sekarang. Ana terkedu seketika, rasa bergetar jiwa. Lalu selang tiga puluh minit kemudian, ana mendapat mesej dari kawan akan pemergian rakan tersebut. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un..

Selepas mendapat berita tersebut, hujan mula turun sehingga kini masih tidak berhenti. Seakan memberi suatu petanda. Sudah banyak kali ana berhadapan dengan rakan-rakan sekolah yang pergi dulu meninggalkan dunia sewaktu usia muda, tetapi kali ini ana rasa sangat sayu sekali.

Arwahyarhamah bukanlah seorang yang rapat dengan ana,tetapi ada kenangan juga ana dan beliau. Kami berjiran kerana rumah ana dahulu di belakang rumahnya sahaja. Jika mahu ke sekolah, ana sering duduk di hadapan rumahnya menunggu kedatangan pakcik menghantar kami ke sekolah.

"Nina,kenapa basikal kau?" ana bertanya apabila melihat basikal Nina tidak boleh bergerak tayar belakangnya. Ketika itu kami baru langsai latihan bermain hoki.

"Entahlah, tak tahu kenapa. Tak boleh gerak,tayar depan je yang boleh," kata Nina pula sambil cuba menggerakkan tayarnya.

"Hari nak senja dah ni, biar aku lah yang tuntun basikal kau. Nah,kau amik basikal aku."

"Eh,tak apa ke Suhana? Menyusahkan kau pula."

"Tak apa lah,lagipun rumah aku kan belakang rumah kau je,kita balik sama-sama lah."

"Ok.Terima kasih ya."

Ana menuntun basikal arwah sehingga sampai di rumah,ketika itu hari sudah lewat benar, azan Maghrib juga sudah berkumandang. Yang pastinya mak sudah tercegat di depan pintu,bersedia memarahi ana kerana lewat pulang.

"Kenapa balik lambat ni? Pergi kemana?" mak bertanya, jelas risau wajahnya.

"Tadi basikal Nina rosak, Acik tolong bawa kan. Jalan kakilah kami sorong basikal tu dari sekolah. Tu yang lambat," ana memberi jawapan atas pertanyaan.

Kenangan itu mengingatkan ana pada arwah. Mandi sungai bersama-sama, mencari bijih timah di tepi sungai, menangkap udang di sungai selepas hujan reda dan sebagainya. Aduh...rindu mula menyapa.

Saat arwah melangsungkan perkahwinan, ana tidak dapat hadir kerana berada dalam suasana peperiksaan. Begitu juga ketika arwah melahirkan anaknya yang pertama. Apatah lagi, ketika beliau melahirkan anak, suaminya pergi dahulu menghadap Ilahi. Anak yang dilahirkan tidak sempat melihat wajah bapanya.

Kini,anak itu pula kehilangannya ibunya. Menjadi yatim piatu kala usia muda. Hati ana meruntun sayu.

Seorang demi seorang ahli keluarga arwah dijemput menghadap Ilahi. Bermula dari kematian neneknya, kemudian kerana rindukan si ibu yang sudah tiada, makciknya pula pergi tidak lama kemudian. Manisnya berumah tangga tidak dapat dirasa lama apabila suaminya pula meninggal kerana kemalangan. Kini, beliau pula pergi,angkara buatan orang katanya. Rumah itu kini menjadi penghuni si ibu yang semakin tua, si anak kecil yang sudah tiada bapa dan ibu serta abang arwah sahaja.

Ya Allah..ampuni segala dosa sahabatku ini, meski aku tidak mengenalnya secara rapat, tetapi cucurilah rahmat ke atasnya. Golongkannya di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “(Surah al-Baqarah , ayat 155)


Moralnya ana perlu sentiasa beringat,bahawa kematian itu sentiasa dekat dengan kita. Datang tanpa di duga,tidak kira masa,tempat atau umur kita.

Moga masih ada kesempatan untuk ana dan kalian melakukan kebaikan sebelum ajal menjelang.

Belasungkawa untuk keluarga arwah..

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”-Surah Ali Imran: Ayat 185

Thursday, July 15, 2010

Jangan marah!




“Baiklah,keluarkan sehelai kertas, tulis nama masing-masing. Kemudian buat sedikit penjelasan mengenai solid waste,” arah pensyarah pada kelas.

Ana mengeluarkan sehelai kertas, mencoret sesuatu mengenai solid waste. Otak ligat berfikir, menulis sesuatu yang merepek pastinya. Manakan tidak,batas ilmu ketika itu cukup terhad (alasan!), dan yang berlaku hanyalah fakta yang merapu. Alahai tak ada bakat betul jadi jurutera macam ni.

“Eh,solid waste tu macam sampah sarap ke?”tanya seorang kawan untuk kepastian.

“Ye lah kot,”jawab kawan ana di sebelah.

Masa tamat! Kertas yang ditulis perlu di hantar segera. Melihat senyum pensyarah tersebut ana pasti apabila beliau sampai di bilik untuk memeriksa karangan tersebut, boleh pecah perut agaknya gelak. Apakan tidak, sudahlah tulis fakta merapu, gaya penulisan inggeris pun kalau boleh dibanding budak tadika sekarang,mereka lagi advance rasanya. Hai,nasiblah...

Oh,ana terkenang kembali kata-kata kawan tadi. Sampah sarap? Pasti dikait dengan pencemaran. Dan ana teringat kata Willard Gaylin :

Menunjukkan kemarahan merupakan satu contoh pencemaran awam

Oh, ana fikir hanya ada pencemaran air,bunyi dan alam sahaja. Rupanya ada lagi satu pencemaran yakni pencemaran awam. Apakah intipatinya? Ya..tepat sekali, dengan menunjukkan kemarahan!

Pasti anda pernah melihat orang yang sedang marah,atau anda sendiri mengalami perasaan marah itu. Jika tidak dikawal dengan baik,boleh merosakkan segala yang berada di sekeliling kita. Ibarat tsunami yang hampir menenggelamkan bumi Aceh.

Anda mungkin pernah mendengar mengenai sebuah hadis masyhur ini:

“Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w : Nasihatilah aku. dijawab oleh Nabi s.a.w “Usah marah!” Orang itu berulang kali meminta supaya dirinya dinasihati namun tetap Nabi s.a.w mengatakan “Usah marah!” (Al-Bukhari)

Oh sahabatku,anda perasan akan sesuatu atau tidak mengenai hadis tersebut? Berulang kali Nabi s.a.w berpesan,jangan marah! Ibarat pengawas pemeriksa yang mengingatkan kita supaya tidak meniru dalam peperiksaan,berulang-ulang kali, kerana apa? Pasti amaran yang berulang itu mengandungi kesan yang cukup hebat bukan? Kalau kita meniru dalam peperiksaan,dan kemudian ditangkap, pasti akibatnya kita gagal dan dikenakan tindakan disiplin. Bagaimana pula dengan amaran berulang yang Nabi s.a.w pesankan, jangan marah! Pasti lebih hebat kesannya.

Mari kita renung sebentar, jika si suami dalam keadaan memarahi isterinya, pasti tidak dijangka terkeluar lafaz cerai dalam mulutnya..Astaghfirullah..bergegar arasy Allah dengan lafaz cerai itu. Kita marah akan ibu bapa kerana tidak memberi belanja..ya Allah,bukankah kita sudah menyakiti hati mereka?Tiada redha dari Allah untukmu jika ibu bapa tidak meredhaimu..begitu marahnya kita pada seorang rakan hingga sanggup memutuskan persahabatan? Memutuskan silaturrahim menyebabkan kita jauh dari syurga dan dekat dengan neraka (Al-Bukhari dan Muslim)..

MasyAllah..begitu hebat kesan marah ini. Bergetar jiwa ana memikirkannya. Segalanya melibatkan kemurkaan Allah. Anda suka jika dimurkai Allah? Tentu tidak bukan, jadi perlunya mengawal diri dari sedang marah.

Adakah anda sedang marah?

Ambillah wudhuk..

Tiada air untuk berwudhuk?

Kalau sedang berdiri duduklah,dan jika tidak hendaklah kamu berbaring.

Saturday, July 10, 2010

Awas pada virus yang menyerang!



"Blur,tiba-tiba aku dapat virus rajin,"kata ana pada kawan sebilik.

"Hah,bagus tu..nah amik baju aku tolong sidaikan,"minta kawan pula.

"Ok,bak sini."

Virus rajin??....

Semua orang boleh menjadi rajin,tetapi apabila tiba virus malas menyerang,tiada kerja yang mampu dilakukan. Entah kenapa akhir-akhir ini,virus rajin itu mula menyerang diri. Apakah puncanya. Cuba di tanya pada hati ini. Tetapi tiada jawapan yang mampu memuaskan hati.

"Kenapa kau rajin sangat ni?Aku suka betul kawan dengan kau..sebab kau rajin," kata kawan ana.

"Entahlah,sebab dah nak kahwin dah kot. Kena lah rajin-rajinkan diri," bersahaja ana menjawab, bergurau da...

Ya,ana pasti bahawa virus ini hanya menyerang atas kehendak Ilahi juga. Mungkin ada hikmahnya.

Bagaimana belajar pula?Ada virus rajinkah?

Benar,ada virus rajin itu. Malahan semakin tenang hati memberi fokus di dalam kelas. Hampir mencapai 90% tahap fokus itu. Eh..rasa lain macam pula jadi orang rajin ni..

RAJIN DAN MALAS SATU ANTONIM

Menjadi rajin atau malas itu kehendak diri masing-masing. Mari kita melihat konsep rajin dan malas ini dalam skop kehidupan yang lebih luas. Orang sekeliling akan menjadi selesa apabila bersama orang yang rajin,tetapi kurang mendekati pada yang malas. Mahu berubah,di ubah atau sendiri yang mengubah,itu semua perlu lihat sendiri. Justeru itu perlunya muhasabah.

Menyedari itu adalah tanggungjawab kita,maka pasti kita akan laksanakan.Jadi,disitulah timbulnya sifat rajin itu. Melihat cawan di atas meja meski bukan milik sendiri,di ambil dan di basuh atau melihat dan membiarkan sahaja cawan itu. Jika kita merasa itu adalah tanggungjawab sesama manusia,ambil dan basuh,tetapi jika masih mengamalkan sikap samba lewa,abaikan cawan tersebut,tutup sebelah mata sahaja jika lalu.

Begitu juga dalam konteks kehidupan kita sebagai muslim. Tanggungjawab kita dalam melaksanakan ibadat, menjaga kebajikan,memelihara perhubungan dan melakukan perkara kebaikan,ini semua akan dilaksanakan oleh orang yang rajin kerana orang yang rajin sahaja akan melaksanakan tanggungjawab. Adakah orang malas akan melakukannya? Sebab itu akibatnya banyak kemaksiatan berlaku di muka bumi,solat terabai, manusia saling bercakaran,dengki-mendengki, kejahatan bermaharajalela.

Ana teringat pada satu pepatah :

"Cemburulah engkau tetapi jangan sampai mendengki"

Malahan Nabi s.a.w pernah bersabda :

“Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (Abu Daud).

Akibatnya terlalulah besar jika kita menjadi malas. Masyarakat yang malas akan menjadi mundur,terpuruk dalam dunia kegelapan,tiada sinar menyapa.

Perlu di ingat firman Allah ini :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka”. (Ar-Rad : 11)

Wah..kalian lihatlah betapa pentingnya nasihat ini. Peringatan untuk para peMALAS dalam hidup. Nasib anda tidak akan berubah melainkan anda berubah dan sedia untuk berubah. Mengerti kan?

Baiklah,mari kita bermuhasabah diri dengan hadis-hadis ini..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

" aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku, besar perut (kuat makan) , banyak tidur, malas dan lemah keyakinan"

(Riwayat Al-Daruqutni dan Al-Dailami).

Dan jangan pula kita tergolong dalam golongan ini. Mohon pada Allah moga tidak menjadi golongan seperti dalam hadis ini..

Sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: " orang yang riyak memiliki berapa ciri, malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang, semakin ghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela"

Mahukah kalian di sukai oleh Allah yang Maha Kuasa?Hadis ini ada menyebut...

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: ' sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan atau kerja dengan tekun'

(Riwayat Al-Baihaqi)

Justeru,rajin-rajinkan diri kita kerana banyak hikmah menanti. Marilah kita berdoa sebagaiman yang di ajar oleh Rasul Junjungan kita..

' Ya ALLAH aku mohon perlindungan engkau daripada sifat lemah dan malas'.


Jangan jadi pemalas macam ni!

Saturday, July 3, 2010

Servis diri dengan taubat..


Ana mula bicara pagi ini dengan lafaz bismillah...

Lewat petang semalam,ana ke kedai motor,mahu maintenance motorsikal.Usai subuh ana akan bermusafir pula.Kuliah akan bermula isnin ini.Kembara ke bumi Shah Alam tercinta setelah berkampung di Ipoh selama dua bulan.

Niat di hati mahu menukar minyak enjin dan break shoe sahaja.Tetapi setelah dibuka satu persatu komponen tersebut,banyak pula kerosakan yang berlaku.

"Adik,ini getah sudah teruk,disk rantai pun sudah teruk,mau tukar ka?"tanya uncle kedai pada ana.

"Aiyoh,rosak juga ke?Tukar lah uncle."

Biarlah berhabis duit dahulu dari kerosakan semakin teruk pula.Sebenarnya,sudah lama ana tidak maintenance motor.Bila mahu bermusafir jauh,baru ana maintenance,agar tidak berlaku perkara tidak di ingini pula sepanjang perjalanan. Justeru,bila sudah lama tidak servis, ana ingatkan selama ini motor ini baik sahaja,tidak sangka banyak kerosakan di dalamnya.

SERVIS DIRI SENDIRI

Melihat kejadian yang berlaku,ana berfikir.Bagaimana jika manusia yang tidak 'servis' dirinya pula.Barangkali kita fikir selama ini,kita baik-baik sahaja.Setelah dihantar ke 'bengkel servis' baru disedari rupanya banyak yang perlu diperbaiki dalam diri.

Sedar atau tidak,setiap manusia perlu memperbaiki diri setiap hari,agar kerosakan yang berlaku dalam diri tidak makin melarat teruknya.Bertangguh dalam hal bertaubat,dan sebagainya perlu kita perbaiki dan insafi.

Justeru,itulah kita diharuskan bermuhasabah diri setiap hari.Menilai kembali amal sehari-hari. Solat taubat perlu di iringi sentiasa kerna kita manusia yang tak pernah lari dari silap dosa dan noda.

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Sabda Rasulullah s.a.w : Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat. (Riwayat Tirmizi).

Sungguh dengan bertaubat akan menjadikan jiwa lebih tenang,tidak mudah gusar dan melahirkan keimanan yang tinggi.Apabila bertaubat dengan sebenar-sebenarnya,Allah akan mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman dan berharap kepadaNya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).

p/s : Doakan moga ana selamat sampai ke destinasi yang dituju.Mohon maaf pada pembaca sekalian kerana selepas ini ana akan kurang dalam menjenguk blog kerana ana ada misi lain yang perlu difokus sepenuhnya.Mungkin sekali seminggu sahaja ana dapat berziarah blog teman-teman.Maafkan ana andai selama ana menulis di blog ini,ada yang terasa hati barangkali. Tiada daya melainkan memohon pertolongan dengan kekuasaanNya.. wallahua'lam~

Friday, July 2, 2010

Anugerah serta hadiah...

Hari Jumaat yang sungguh tenang,cuaca agak kelam pagi ini.Bersyukur seketika.Hari ini punya kesempatan untuk melunasi hutang award seterusnya.Alhamdulillah,syukran jazillan pada pemberi award,baru hari ini ana berkesempatan untuk menerimanya.

Award ini datangnya sekali lagi dari CIK ANN..terima kasih banyak-banyak ya..Ana cuba jawab tag anugerah ini..



Soklan: apa name blog anda n nape letak name tu
Nama blog adalah MUSAFIR ILMU..asbabnya kerana diri ini masih berpencarian mengembara, menjadi musafir di gelandangan ilmu.Gersang jiwa tanpa ilmu kiranya..


Soklan: apa name url blog n darimana dtg nya idea tu
url blog ini adalah http://ayam-jihad.blogspot.com/..idea ni datangnya dari nickname yang ana guna dalam ruang maya ini.Sebagai ayam-jihad.Kenapa ayam?Oh,sudah ana terangkan pada entri awal blog ini dulu.



Soklan: apa method dalam penulisan anda?
Gaya penulisan ana adalah lebih kepada ilmiah santai berkesamping hadis dan Al-Quran. Moga diberkati cara ini olehNya..



Soklan: pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnye?
Tak pernah,sayang sangat sebab ini adalah medan menulis ana.Sangat mencintai bidang penulisan dalam blog ini.



Soklan: pernah ahli keluarga baca blog anda?
Baca kot..tak pernah tanya pun..hehe


Soklan: apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain cakap blog anda cantik
Buruk dan cantik?Satu perkara yang subjektif,jadi terpulang pada penglihatan dan penilaian masing-masing.Setiap orang punya cita rasa yang berbeza,kalau semua sama tak berserilah dunia ini bukan?Tak ada perasaan pun,bersyukur dengan apa yang di kata =)


Soklan: bila blog anda diberanakkan?
September 2009.Tapi mula aktif kembali pada Mac 2010.



Soklan: siapa orang pertama yang tahu anda ade blog
Roomate ana..cik blur intan payung..hehe..sebab waktu buat ni ada kat bilik kolej.


Soklan: tag 13 orang
Sesiapa yang dijemput sudilah kiranya ambil award ini ya =)


Award seterusnya datang dari Kak Ummi Iman..terima kasih atas award ini meski baru kenal =)...Ini soalan yang perlu di jawab pula


1) Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama itu?
Jawapan ada di atas tadi..


2) Jelaskan kenapa, bagaimana anda boleh dapat idea nak letak URL blog anda?
Jawapan juga ada di atas..


3) Bila blog anda mula beroperasi?
September 2009


4) siapa follower pertama anda?
tak ingat pula ni..asif ya..


5) Ucapan anda kepada si pemberi award
Terima kasih kak..Moga ukhwah kita berterusan ya =)


6) Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ini

Ana cuba senaraikan ya..Harap sudi ambil award ini..

1. Hisyam Muhibbah
2. Bintun Sazali
3. Echah Mashuri
4. Noor Fatin
5. Kacamata
6. Nur Insan
7. Moon
8. Madihah87
9.Intanizani..

p/s : Hadiah untuk contest AKSARA PENCORAK HIDUPKU baru sampai pagi tadi.Alhamdulillah,terima kasih pakcik posmen dan tuan penganjur akh AZRAI AHMAD ZAMRI..


Ini hadiahnya..



Daripada penerima dan pemberi...



Ini isi dalam balutan kertas tadi.Dua buah buku,karya Ustaz Hasrizal ini ana sudah ada dalam koleksi tetapi buku dari pihak pemberi amat ana hargai,jadi koleksi twin..hehe..koleksi soal jawab Ustaz Zaharuddin ini ana memang ada niat nak membelinya.Tapi pihak pemberi telah menunaikan hasrat ini nampaknya.Syukran jazillan akh..sangat berharga ilmu dalam buku ini =)



Thursday, July 1, 2010

Definisi Cinta....




Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta.
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya.
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur,
Cita sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.

Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis jadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sehat,
Mengubah kikir jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah istana jadi penjara,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibah,
Itulah cinta....




SUMBER : KETIKA CINTA BERTASBIH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers