Wednesday, March 31, 2010

Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul...


by : Abu Umair

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.

Tuesday, March 30, 2010

Kalau Allah itu Maha Baik,Mengapa Buat Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

SUMBER : HALAQAH.NET

Seputar mengenai purdah...




Mungkin agak berat untuk ana memperihalkan mengenai isu ini. Tapi, atas permintaan sahabat ana, ana cuba lunasi juga.

PURDAH..bila kita membicarakan mengenai hal ini di Malaysia, mungkin pandangan masyarakat terhadap kita agak ekstremis.Maksud ana, masyarakat memandang orang yang berpurdah ini lagaknya seperti "teroris"..Astaghfirullah..ana tidak bermaksud sebegitu tetapi itu yang ana dapat rasakan dari pandangan mata masyarakat yang melihat golongan seperti ini.Lagaknya seperti melihat makhluk asing yang baru sampai ke bumi.

Saudaraku sekalian.. Jujur ana bukanlah seorang yang sempurna dan punya banyak ilmu untuk membicarakan mengenai isu ini. Tapi sedaya-upaya ana cuba untuk mengkaji dan menteliti. Berfikirlah secara rasional apabila membaca artikel ana ini. Mohon jika ada kesilapan diperbetulkan segera, ana berlapang dada untuk menerima.

Dalam membincangkan hukum memakai purdah, kita perlu melihat perbicangan ulama terhadap wajah wanita, adakah aurat ataupun tidak.

Mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan wajah adalah aurat. Manakala Mazhab Maliki dan Hanafi menyatakan bukan aurat.

Semua ini berpunca daripada tafsiran berbeza surah Nur, ayat 31 dan surah Ahzab ayat 59.

"Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya" ( An-Nur )

"Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ( Ahzab )

Beberapa hadith juga dijadikan sandaran, namun ianya lemah dan tidak jelas untuk dijadikan hujjah.

Kemudian beralih kepada hukum memakai purdah. Ada yang mewajibkan secara mutlak dan ada yang meletakkan syarat mewajibkan pekaian purdah apabila muncul fitnah.

Persoalannya bagaimanakah yang dikatakan fitnah itu? Dr Muhammad Said Hawa menyatakan meletakkan syarat fitnah adalah tidak dhabit ( tetap ). Boleh jadi yang memakai itu fitnah seperti yang pernah ditimbulkan oleh Ustaz Fakhrurrazi ( MA Tafsir Universiti of Jordan ),

" Jika 9 orang tidak memakai purdah dan seorang memakainya menyebabkan semua lelaki menumpukan kepadanya hingga menimbulkan fitnah wajib dia tanggalkan"

Manakala pendapat yang agak kontroversi baru-baru ini menyatakan pemakaian purdah hanyalah uruf dan adat masyarakat setempat, bukannya daripada agama.

Akhir sekali saya merasakan pendapat yang paling, jelas, tepat adalah pemakaian purdah adalah satu fadhilat ( kelebihan ).

Soal niat, tujuan mereka yang memakai itu, terpulanglah kepada individu, fiqh tidak menghukumkan perkara yang tersirat. Cuma mereka yang memakainya harus sedar bahawa mereka lebih diperhatikan. Jika akhlaknya buruk, maka yang mendapat nama adalah pakaian islam juga.

Apa pun ini adalah masalah khilafiyah dikalangan ulama. Sebelum membincangkannya, lihatlah dahulu aurat yang menjadi kata putus oleh ulama.

Sebab itulah kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi, sebelum memperjuangkan pemakaian purdah, perjuangkan dahulu pemakaian yang menutup aurat.

Wallahua'lam.

SUMBER RUJUKAN : Bayu Timur (muhammadshahrulifwat.blogspot.com)

Lobak, telur dan kopi...


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,
direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?

Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

SUMBER : HALAQAH.NET

Hanya ini yang beriman..


Assalamualaikum....

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit
untuk membaca ini....kalau lebih
dua minit tu bukan membaca la tu..tapi
mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada
anda..... Suatu hari pada masa.
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh
lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba
masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyar dgn pakaian hitam..
tak nampak apa *****a dua biji
mata dan membawa mesin gun... lalu
salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana
ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari
para jemaah itu untuk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000
tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 20 orang sahaja
yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah
Pak Iman mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas. Selain terhibur
anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg
mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang
mudah Lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki
hanya Membawa mesin-gun.. dia tak kata
Pun
nak bunuh.. tapi generasi sekarang..
amat lemah.. baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yang dia tak
sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya *****a
seminggu sahaja.. tu pun bila
time sembahyang jumaat.. tunjuk muka
kat org kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time
sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada
gossip dan apa yang di tulis oleh
surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya
dunia
Hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn
boyfriend atau Girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada
ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh
post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah
kesemua
tempat tapi merasa berat nak berkongsi
dan nak hantar artikel2 yang
berunsur agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak? Itu kan
realiti.. tapi yg paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca
benda ni
akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka email ni
untuk luangkan masa membaca? berapa
banyak????
wallahuaallam"


SUMBER : HALAQAH.NET

Monday, March 29, 2010

Couple itu indah?....(2)


Apakah keuntungan bercouple?

Jawapan 1 : Bersemangat untuk belajar. Sumber inspirasi.

Penulis fikir jawapan ini memang ada benarnya. Tapi realiti menunjukkan masih ramai yang gagal mengawal emosi apabila bercinta sehingga menyebabkan tugu inspirasi mereka tersungkur. Jika dibuat pantauan.remaja bercouple lebih banyak mengalami pergaduhan dengan pasangannya. Terutamanya apabila musim exam. Masing-masing sudah stress dan tertekan, ini akan memberi kesan terhadap exam. Berdasarkan pengalaman penulis, orang bercouple lebih banyak konflik jiwa berbanding orang yang single. Dan ini mengundang risiko dalam pengajian.

Memang ada pasangan yang saling memberi inspirasi. Namun rata-rata pasangan yang bercinta mengalami banyak konflik. Konflik ini selalunya menganggu fokus pada pengajian. Jadi elakkan saja. Jangan mengambil risiko jika anda bukan seorang yang mampu mengawal gelora emosi. Jadi...berhati-hati dalam percintaan.Kelak masa depan kita juga yang merana.


Jawapan 2 : Cepat matang dan bijak dalam pergaulan.

Betulkah akan cepat matang? Mungkin betul.Tapi..untuk matang masih ada banyak cara lagi. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis.Orang bercouple kebiasaannya adalah rendah maruah rendahnya. Mudah ditewaskan dengan emosi dan terburu-buru dalam mengikut perasaan. Orang sebegini lambat matang. Orang yang cepat matang ialah orang yang memberi penekanan kepada harapan keluarga, kerjaya dan prospek masa depan, serta tahu merancang hidup. Di samping tidak mencuaikan emosi dan perasaan kasih sayang.

Justeru, bersosial memang mampu mematangkan seseorang. Lebih luas pergaulan, lebih banyak pengalaman. Lebih banyak kenalan, lebih cepat memahami karenah orang. Justeru, berkomunikasi dan berinteraksi perlu fleksibel. Bukan sekadar berbicara dengan kekasih malah perlu berbicara dengan orang yang lebih tua.

Apa yang sering berlaku ialah pasangan yang bercouple tidak suka bergaul dnegna orang lain. orang bercouple tidak mahu orang lain busy body tentang urusan peribadinya. Malah, kebanyakan remaja yang ada pasangan sering bersendirian melayan handphone dan SMS. Sehinggakan kerap berlaku pergaduhan mulut apabila ada kawan yang lain menegur atau seolah-olah menganggu privacy.

Jadi..hati-hati jika anda mahu bercinta. Jangan tersalah memberi alasan. Kononnya mahu cepat matang, akhirnya jadi lebih lembap.

Jawapan 3 : Memberi kesedapan hidup

Biasanya jika remaja memberi alasan sebegini.Penulis akan mati hujah. Penulis akan diam dan sekadar menjawab "no comment".

end....

SUMBER : Aku mahu jatuh cinta tapi dengan siapa ( A.Ubaidillah Alias)

Sunday, March 28, 2010

Couple itu indah?....(1)


Apa tujuan bercouple?

Jawapan 1 : Mahu tanda bahawa dia kekasih saya. Tak nak bagi orang lain dapat.

Jawapan sebegini biasanya digunakan oleh remaja kampus. Namun, bagi penulis, ia adalah satu alasan yang paling popular untuk membolehkan pasangan bercinta teruna dan dara. Kita perlu sedar bahawa manusia biasa tidak mampu meramal masa depan. Adakah dengan bercouple atau mengikat tanda seseorang itu adalah kekasih kita, maka semuanya terjamin? Ini belum tentu terjamin lagi! Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan bercerai. Ini bererti kita tidak mampu meramal masa depan. Sekalipun kita tanda ke, kita ikat ke, kita tunang ke, jodoh tiada siapa yang tahu. Jadi sepatutnya kita perlu banyak berdoa.

Jawapan 2 : Mahu mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat

Jawapan ini adalah alasan lemah bagi pasangan yang ingin bercinta. Kerana apa? Sesungguhnya manusia tidak mampu mengenali manusia lain sedalam-dalamnya. Berkenalan atau taaruf adalah proses sepanjang hidup. Orang berumah tangga hampir 20 tahun masih lagi tidak mengenali pasangan dengan sepenuhnya. Inikan pula bagi couple yang berkenalan baru setahun dua.

Lagipun, manusia adalah makhluk beremosi. Manusia sentiasa berubah-ubah berdasarkan kondisi dan situasi. Ada manusia yang baik kemudian bertukar jahat. Ada manusia lembut akhirnya bertukar keras. Mnegenali pasangan itu penting, tetapi sepatutnya proses mengenali ini bermula setelah anda duduk bersama sebagai suami isteri.

Jawapan 3 : Mahu memahami wanita dengan membiasakan diri dengannya. Agar tidak kekok.

Jawapan ini adalah jawapan kurang matang. Bagi saya, penyesuaian sebelum berkahwin tidak perlu. Ini kerana penyesuaian antara lelaki dan wanita akan berlaku dengan cepat. Ini adalah tabiat manusia dan manusia akan mudah menyesuaikan diri dengan pasangannya. Selepas berkahwin, proses ini akan berlaku dengan sendirinya. InsyAllah..

bersambung.......


SUMBER : Aku mahu jatuh cinta tapi dengan siapa (A.Ubaidillah Alias)




Before and After married..


Before marriage.. I die for you.
After marriage..You die, up to you.
Lagi lama married.. You die I help you!

Before marriage...You go anywhere..I follow you.
After marriage... You go anywhere..up to you.
Lagi lama married...You go anywhere...better get lost!!

Before wedding - "you are my heart, you are my love"
After wedding - "you get on my nerves."

Before wedding - "you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding - "you are worse than godzila."

Before wedding - She looks like Anita Sarawak
After wedding - Don't know whether katak or biawak

Before wedding - Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill
After wedding - Furthest you go is Gasing Hill

Before wedding - He opens the car door
After wedding - He opens his mouth and snores

Before wedding - She / he was your ideal
After wedding - She / he becomes your ordeal

So beware of the consequences
Just For Fun (",)

SUMBER : HALAQAH.NET

Saturday, March 27, 2010

Aku mahu saham akhirat itu..


"Ishk, kau tengok ni, pendapatan peminta sedekah pun boleh capai sehingga 4 angka. Ayah aku kerja guard pun tak banyak gaji macam ni," kata sahabat ana di suatu petang.

"Wah, itu tandanya orang Malaysia ni pemurah, amalan menderma itu masih wujud. Alhamdulillah, masih ada kesedaran pada diri kita ini," ujar ana pula pada sahabat.

"Kalau macam tu, senanglah para penganggur, tak perlu bekerja, hanya meminta sedekah sahaja. dah boleh hidup mewah."

Ana terdiam sebentar.Memikirkan mengenai hal ini.

"Kak, saya ada soalan.Bagaimana kalau kita nak beri sedekah padahal kita tahu yang itu sebenarnya hanyalah sindiket, perlu atau tidak kita bersedekah?" tanya sahabat pada Naqibah.

"Mengenai hal ini, kawan akak ada kata. Tidak perlu kita fikirkan ke mana duit sedekah itu akan pergi, yang penting kita ikhlas untuk menderma. Niat kita hanyalah untuk menderma, tak perlu runsing kalau duit itu di guna untuk apa selepas itu. Itu sudah menjadi hal antara si peminta sedekah dengan Allah,sama ada betul atau tidak digunakan duit itu untuk agama atau kemaslahatan umat."

Alhamdulillah, sudah jelas kini pada ana. Sebelum ini, ana ragu-ragu juga hendak menderma pada kanak-kanak yang minta sedekah, menjual tisu, menjual pelekat berisi ayat al-Quran. Tidak sukar untuk mengenal mereka ini datang dari golongan sindiket atau tidak.

Jangan ragu-ragu

Kalian, tidak perlu ragu-ragu selepas ini untuk menderma. Niat kita ikhlas untuk menderma. Bersedekahlah setiap hari. Sungguh Allah amat menyukai orang-orang yang bersedekah.

"Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa;Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Ali-Imran : 133-134)

Pelajar yang mewah

Bergelar seorang pelajar bukanlah penghalang untuk kita bersedekah. Duit sekolah yang kita belanjakan kita sisihkan untuk bersedekah di tabung masjid atau sebagainya. Walau sedekah bernilai 10sen itu pun sungguh amat bernilai di akhirat kelak.

Apatah lagi pada para mahasiswa/wi kita. Duit pinjaman yang senang diperolehi, duit biasiswa yang melimpah, gunakan ia untuk bersedekah juga. Apalah sangat jika di hulur RM10 atau lebih demi saham kita di akhirat kelak. Jika duit itu kita boleh guna untuk membeli handset baru, di guna untuk membeli-belah atau sebagainya, mengapa jika tiba hal bersedekah, amat liat untuk kita lakukan.

Sungguh tertipu diri kita andai kita katakan semakin banyak kita bersedekah, maka semakin papa dan jatuh miskin kita. Jika benar teori sebegitu, sila kemukan, apa buktinya?

Contohi sahabat nabi

Teladanilah sikap para sahabat nabi, siapa lagi yang digelar seorang pemurah pada zaman Rasulullah kalau bukan Abdul Rahman bin Auf. Kisahnya begitu menyayat hati. Sayidina Abu-Bakr, di akhir riwayatnya tiada harta yang bernilai ditinggalkan walaupun beliau seorang pemimpin di kala beliau hidup.

Renungi kisah puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra yang menyedekahkan kalung beliau pada seorang musafir yang kehabisan bekalan. Beliau menyedekahkan kalung itu kerana tiada apa lagi yang dapat di derma pada musafir tersebut.

Tidak miskin kita jika sedekah, malahan semakin murah rezeki kita kerana diredhai dan di berkati. Jadilah orang kaya yang diredhai bukan dicaci.

Kebajikan yang tidak berakhir

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya."
( Maksud hadis ).


1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.


2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.


3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.


4.Bantu mendidik seorang anak.


5.Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah.


6.Berkongsi CD Quran atau Do’a.


7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.


8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.


9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, Anda dapat hasanah.


10.Khabarkan ilmu ini kpd org lain. Jika orang yg mendpt pesanan ini menjalankan salah satu dari yang di atas, anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.


Insya’Allah.


Mudah bukan untuk bersedekah? Ayuh saudaraku, kita bersedekah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers