Hijaukan bumi ini..

Merenung gagak seperti mentafsir nasib bumi ini..

“Iskh,banyaknya burung gagak,” kata sahabat melihat pemandangan yang agak meloyakan.Melihat burung gagak menyelongkar sampah-sampah yang dikumpul di dalam tong besar itu, memberi satu panorama yang kurang menyenangkan barangkali.

“Itulah,kalau tak ada burung gagak tu,agaknya macam manalah tempat ni rasanya. Cantiknya pengaturan Allah s.w.t, menciptakan sesuatu yang berkait. Kalau burung gagak tak bersihkan sisa makanan atau sampah tu, mesti lagi banyak sampah yang terkumpul,” kata ana pula.

Dahulu,sebelum menjadi seorang pelajar yang mengambil jurusan Alam Sekitar, ana juga seperti masyarakat lain,punya pemikiran yang agak negatif bila melibatkan sampah. Namun, setelah belajar dan menuntut ilmu, terasa bau sampah itu pun sudah menjadi kebiasaan bagi ana. Betul kata orang tua, alah bisa,tegal biasa.

Burung gagak yang dicipta oleh Allah tidak sia-sia, mengutip sisa sampah dan sebagainya. Mungkin kontranya ada tapi apa kata kita melihat dari sudut pronya. Jika bukan burung gagak yang melakukan pra-rawatan dalam proses pembuangan sampah ini,agaknya cukup atau tidak tanah di Malaysia untuk dijadikan tapak pelupusan dan rawatan sampah? Mungkin dilihat peranan mereka agak kecil, namun burung-burung ini masih berperanan di situ.

Kita agak sensitif bila melibatkan benda-benda kotor. Melihat jijik, tetapi tidak sedarkah kita bahawa siapa yang memulakan dahulu? Jika bukan tangan-tangan manusia juga yang melakukannya. Jadi mengapa mahu jijik sebegitu rupa?

Malahan hikmahnya, burung gagak sering dikaitkan dengan kotor dan sebagainya. Justeru, burung-burung ini juga adalah sebagai petanda kepada manusia agar sentiasa mengamalkan kebersihan. Mahukah rumah-rumah kalian dipenuhi burung gagak,tikus atau sebagainya? Jadi perlunya mementingkan aspek kebersihan. Malahan Islam menuntut kita untuk sentiasa menjaga kebersihan. Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman?

BUMI: HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU

Bumi kita semakin,semakin dan semakin tua malahan sudah teruk tercemarnya.

Angkara pembangunan dan atas nama globalisasi, kita merosak bumi sendiri. Ana bukanlah seorang yang terlalu konservatif untuk menolak arus kemodenan, tidak seperti bangsa Amish di Amerika yang betul-betul tidak mahukan pembangunan dan ketamadunan, namun dalam kita mengejar arus globalisasi, jangan kita abaikan alam sekitar dan bumi ini. Bumi ini juga punya hak untuk terus hidup dan kita hanya meminjam alam ini dari generasi hadapan.

Itulah manusia, jika kita memperjuangkan hak alam sekitar, dikatakan kita konservatif, kolot dan sebagainya. Tapi jika kita punya ilmu dan agama, pasti hal ini tidak akan menjadi isu. Kitaran hidrologi, kitaran alam dan sebagainya tidak akan terganggu. Bencana alam yang berlaku itu petanda pada amukan bumi untuk manusia. Amuk kerana mengabaikan pemeliharan dan penjagaan mereka.Itu juga bicara dari Tuhan untuk manusia.

Peringatan ini untuk ana sendiri terutamanya dan juga untuk sahabat sekalian. Jagalah dan cintailah bumi ini. Jika bukan kita generasi muda yang memperjuangkan hak bumi,apa lagi yang tinggal untuk generasi seterusnya? Hanya menjadi pewaris kepada kebinasaan dan kehancuran yang kita tinggalkan.

Comments

sayda said…
Salam suhana

Benara apa yang dicoeretkan di sini... Semua yang diciptakan ini tak sia-sia.. mari kita lihat ayat 190 hingga 191 Ali-Imran maksudnya "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)

Sewajarnya kita sentiasa mengingatkan diri kita dengan segala kejadian dengan keagunga Allah SWT.
SuhaNa said…
to sayda :

Wa'alaikumsalam..SubhanAllah..itu lah, setiap kejadian pasti tidak sia-sia..ambil pengajaran dan iktibar..terima kasih sudi bertandang dan membaca ^_^
Khalifah Allah said…
Allahu Rabbu samawati wal ard
"Allah Tuhan langit dan bumi"

Wahai sekalian manusia termasuk diri ku..gunakan akal kita untuk berikir tentang alam ini..

Subhanallah banyak terkandung hikmah disebalik penciptaan Allah

Oh Allah sesungguhnya jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Amin Ya Rabb.

Jazakillah Suhana 4 the ziarah to mypage.

Salam eidul adha. Taqabbalallahu minki wa minni Kullu am wa enti bilkhayr~
SuhaNa said…
to Mun :

Moga Allah memberi kita ilham untuk sentiasa berfikir tentang alam ini serta kebesaran Ilahi..

Jazakallah juga untuk enti..Moga kita tsabat dalam perjuangan dakwah penulisan ini..

Salam Eidul Adha ^_^

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2