Lafaz kasih untuk abah...


Abah bersama dengan Iwan

Tangannya kasar,wajahnya kelihatan garang.Zahirnya kelihatan tidak mesra,tapi batinnya siapa yang mengetahui.Mengusap kepala sang anak kala lena dibuai mimpi tanda dia benar-benar mengasihani.

"Jangan nak tolong,biar dia selesaikan sendiri,tadi abah dah ajar,"marah abah pada abang yang mahu membantu lagaknya tetapi lebih kepada mahu menunjuk kepandaiannya.

"Aaa...ni huruf B," jawab ana pula tergagap-gagap.Kecut perut melihat kegarangan abah mengajar ABC kepada ana.Maklumlah, masih buta huruf kerana tidak masuk tadika.Abahlah guru ana.

"Ha..pandai anak abah.Yang ni pula huruf apa," soal abah lagi.

Oh,kenangan itu sentiasa mengusik hati.Apabila hati panas,benci dan apa-apa sahaja perasaan buruk itu menerjah tentang abah, hanya kenangan yang mampu memadamkan segala prasangka.

"Siapa yang rosakkan televisyen ni!" apabila suara itu mula meninggi,seisi rumah diam seperti dinding batu.

"Abang yang rosakkan.Dia jampi televisyen tu dengan air.Katanya boleh elok," ada yang melapor akhirnya.

Akibatnya,malam itu abang tidak makan malam bersama.Merajuk kiranya.Tidak semena-mena,ana pula turut terlibat sama.Tidak mahu makan malam bersama.Rasa bersalah barangkali. Dan abah..hanya duduk diam tanpa berkata apa-apa.Mungkin itu hukuman untuk anak-anaknya yang terlalu rajin bereksperimen di rumah.

MEROKOK BAWA MAUT..

"Abah,kenapa hisap rokok.Auntie kata tak baik tahu hisap rokok,nanti boleh cepat mati," tanya ana pada abah.Waktu itu abah mengambil ana pulang dari rumah auntie yang menjaga ana.

Oh, baik benar keluarga auntie dengan ana.Meskipun mereka bukan agama yang sama tetapi cukup bagi ana untuk mengenang jasa mereka menjaga ana ketika kecil.

Soalan tadi dijawab hanya dengan seulas senyuman oleh abah.Tiada jawapan yang tepat agaknya untuk memuaskan hati budak kecil seperti ana tika itu.

TULISAN DAN ABAH

"Kenapa tulisan ni buruk sangat,senget sana sini.Mari sini abah ajar nak tulis cantik sikit," pensil di tangan ana abah ambil,begitu juga dengan pembaris.Tulisan yang guru suruh tulis kembali itu abah garis menjadi satu garisan lurus.Seperti garisan orang mahu lumba lari 100 meter rupanya.

"Tulis macam ni.Jangan tulisan tu sampai terkeluar dari kotak abah buat ni.Dah siap nanti padam balik kotak abah buat tu."Hasilnya tulisan ana menjadi kemas.Terima kasih abah.Cukup praktikal.

PUASA PULA

Bulan puasa adalah yang paling ana suka.Berlawan dengan si abang,siapa yang puasa penuh tahun itu.Sememangnya abang adalah musuh seteru ana dari kecil,tapi kami tetap akrab sebagai abang dan adik.

"Abah,kalau puasa penuh tahun ni,abah nak bagi apa?"soal ana pada abah yang menolong mak menyiapkan juadah di dapur ketika itu.

"Kalau puasa penuh,abah bagi ciuman 10 kali,"jawab abah pula.

"Alah,tak mahu abah cium.Nak hadiah yang best-best."

Wah,sudah pandai meminta itu ini pula.Dan abah,hanya tersenyum melihat gelagat anak bongsunya ketika itu.

Anak bongsu? Ya,waktu itu ana memang anak bongsu.Analah adik. Lebih manja dengan abah dari mak.Tetapi 6 tahun kemudian,status itu bertukar ganti pula.Kehadiran adik baru menambah seri hidup ana.Bergelar kakak ketika berumur 7 tahun membuatkan ana rasa seperti seorang dewasa,lebih matang dan rasa bertanggungjawab.

Kejayaan ana dalam bidang akademik di sekolah rendah dahulu cukup membuatkan abah merasa bangga.Saban tahun abah kerap dipanggil untuk menghadiri majlis anugerah sekolah. Guru-guru di sekolah itu cukup mengenali abah kerana punya anak-anak yang membanggakan. Tiada ucapan tahniah,tetapi melihat senyuman abah sudah cukup untuk memberi segala jawapan kepada persoalan.

KERJA SAMBILAN

"Abah,hari ni nak ikut kutip mempelam."

"Kalau nak ikut,kena bangun awal esok,"

Usia ana tika itu baru berumur awal 5 tahun.Saat kanak-kanak seusia ana menjejak kaki mereka di taman didikan kanak-kanak,ana pula membanting tulang membantu abah mencari pohon-pohon mempelam,dikutip buahnya kemudian dijual kepada peraih.Abah memanjat pokok untuk menjolok buah mempelam,dan ana setia di bawah dengan guninya mengutip buah-buah yang jatuh berguguran di tanah.Upahnya, abah belikan ana sekotak permainan yang didalamnya ada keropok dan mainan ( seperti jojo, ding dang dan sebagainya).

"Abah,hari ni kutip mempelam tak?"sejuk rasanya badan.Pagi-pagi sudah bangun mengikut abah menaiki motor menghantar mak ke kilang untuk bekerja.

"Mempelam dah tak ada,hari ni kita ke kebun orang pula.Tolong tanam pokok bunga,"jawab abah pula.Seronok rasanya membantu abah bekerja.Maklumlah,gaji abah sebagai seorang pengawal di kawasan estet tidaklah seberapa.Oleh itu,abah rajin mencari kerja sambilan untuk menyara keluarganya.Waktu abah menerima gaji paling menyeronokkan kerana selalunya abah membeli air gas dan sebungkus roti untuk anak-anaknya.Bagi kami,makanan itu sudah cukup mewah.

AJARKAN SOLAT

"Abah,dekat sekolah tadi ustazah ajar solat.Nak ikut abah solat."

"Kalau nak solat,kena ambil wudhuk dulu.Mari abah ajarkan.Nanti kalau solat,apa abah buat,ikut tau.Kena diam,tak boleh bising."

Abah angkat tangan.Eh,kenapa angkat tangan macam nak menyerah diri kat polis saja."Allahuakbar" abah bersuara.dan ana mengikut hingga selesai solat. Lantas anak kecil itu tidak sabar-sabar bertanya itu ini kepada abahnya.Kenapa sujud macam ni,kenapa kena rukuk,kenapa itu,kenapa ini.Tetap sabar abah melayan karenah anaknya yang seorang ini.

Semakin menginjak usia,keakraban bersama abah semakin kurang.Tiada lagi kata gurauan.Semakin menebal tembok pemisah itu.

"Malunya dah besar naik motor sampai empat orang ni,"desis hati ini.Pergi dan balik ke sekolah abah yang hantar, anaknya tiga orang,bersesak menaiki motor usang itu.Dan ana disumbat di raga kerana saiz badan yang kecil.

Dan akibatnya,kami bertiga mengayuh basikal ke sekolah.Seronok, rasanya menaiki basikal.Kakak dan kawannya menjadi penjaga ana mengawasi menunggang basikal.Waktu itu usia ana baru 9 tahun.Saiz kecil seperti umur 6 tahun sahaja.Seringkali ana menjadi bahan cubitan pelajar tahun 6 kerana saiz ana yang kecil ditambah muka yang macam cina.Oh..comel katanya.Sekarang..makin berganda adalah.


Abah bersama abang pada hari pentauliahan

DEGILNYA ANAKMU INI

"Abah tak bagi acik main hoki.Bahaya tahu.Acik tu dah la ada asma,nanti susah pula," bantah abah ketika ana memberitahu mahu menyertai pasukan hoki sekolah.

Bantahan abah itu dibiar sepi.Degil betul anakmu ini.Abang menghasut menyuruh ana menyertai juga pasukan hoki.Tindakan berani dari seorang anak yang degil ini.Abah marah? Awalnya mungkin.Segala peralatan untuk bermain hoki ana pinjam dari abang. Mahu beli yang baru,amat mustahil memandangkan ana bermain ini bukan atas restu abah dan mak. Tetapi akhirnya minat ana ini tidak boleh disekat lagi.Abah akur juga. Peralatan untuk bermain hoki yang dibeli abah untuk ana menandakan restunya.Terima kasih sekali abah.

Suasana petang di asrama penginapan itu cukup damai.Kami bersiap-sedia untuk berjuang di medan sebentar lagi.Berjuang untuk memenangi kejohanan hoki antara daerah di Perak ini.Ibu bapa masing-masing hadir untuk melihat aksi anak-anak mereka.Dan ana?

"Ah,abah mesti tak datang punya.Bukan ambil peduli pun.Dulu pun abah kutuk aku main hoki,bukan pukul bola,tapi pukul angin,"monolog hati ini menyedapkan hati.

"Suhana,ayah kau datanglah.Ada dengan ayah Ma dekat bawah,"panggil rakan sepasukanku.

"Tipulah kau,ayah aku mana nak datang,"bantah ana pula.

"Tak percaya kau pergilah tengok sendiri,"balas kawanku pula.

Laju sahaja ana menuruni tangga.Tidak menyangka abah datang juga untuk melihat ana bermain.Tangan abah ana salam,memohon restu untuk berjuang.Terima kasih sekali lagi abah.


Abah bersama penulis pada hari konvokesyen

Kenangan itu....

Kembali menyedari diri sudah semakin dewasa.Kini,tiada lagi abah di setiap perkara.Segala-galanya diuruskan sendiri.Raut wajah tua itu sentiasa menggamit hati ana.Anak-anakmu kini sudah besar semuanya.Masing-masing membawa diri.Hanya gurau senda kadangkala mengubat hati ini.Entah mengapa terasa wujud jurang sebegini.Sungguh,ana rindukan kenangan dulu.

Walau apa jua bicara,lafaz kasih ini sentiasa tidak terzahir untuk abah.Coretan ini untuk abah,kisah ini untuk abah.Tiada hadiah untuk abah,tetapi ingatan tulus ku untuk abah dalam setiap bait-bait doa itu lebih berharga barangkali dari segunung intan permata.

Terima kasih abah untuk segala-galanya...

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Comments

**luRv3AnN3** said…
cik yam!!! sangat touching!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! pandai ko elaborate!!~ kalau pjg ag,c0nfirm ak pn nanges!!~ huhu
Cheqna said…
Ana,

sayu baca entry ni...smoga sentiasa menghormati kedua ibu bapa..

May ur parents be blessed by Allah SWT..have a pleasant day tmrw!
SuhaNa said…
syukran ann..hurm..beremosi juga waktu ni nak tulis entri ni :)
SuhaNa said…
Salam ukhti Cheqna..

InsyAllah,berusaha menjadi anak yang baik..

Syukran ya :)
rosamajid said…
AlhamduliLLAH, ukhti seorang anak yang sangat menghargai dan mengenang siapa Abah di sisimu. Penulisan ukhti ini sangat sayu sekali. Dah cukup untuk menggambarkan betapa ISTIMEWA Abah ukhti. Syabas atas penulisan yang membawa mesej bermakna ini. Teruskan menulis ya.

Wassalam..
SuhaNa said…
Salam ukhti Rosi..

Baik atau buruk seorang ibu atau ayah itu mereka tetap ibu bapa yang menjaga kita.Mana mungkin dilupa segala jasa itu.Syukran ukhti atas ziarah.InsyAllah,doakan ana thabit dalam penulisan
perkongsian yg amt mndalam, moga hbngn kte brsame ayh akn kkal erat hngge ke nfas yg trakhir..amin (^_^)
SuhaNa said…
Syukran akh Mohd.Hazwan.. amin untuk doa itu :)
SuhaNa said…
Syukran princeduyong sudi membaca :)
SuhaNa said…
Syukran Nadhz =)
shuhaida said…
entry yang membuatkan air mata adikmu ini terus menerus mengalir..menyentuh hati..terbayang wajah abah yang dah semakin dimamah usia.cerita mengenai abah, teringat kenangan-kenangan manis bersama abah.abah memang seorang abah yang penyayang.dalam garangnya masih ada lembutnya.adikmu ini masih ingat suatu kenangan yang sentiasa terpahat utuh di dalam benak kepalanya sekarang.ketika itu adikmu ini diserang sakit gigi yang terlampau dahsyat pada suatu malam,matanya tidak mampu dilelap kerana kesakitan yang melampau.mengerang dan mengaduh sakit usah dikata berapa kali di lafazkan.lantas kerana kasihan akan adikmu ini,abah mendukung adikmu ini menuju kedalam bilik[ketika itu masih tidur dengan mak dan abah di luar]untuk tidak menganggu emak yang perlu tidur kerana hendak bekerja pada esok pagi.didalam bilik adikmu ini tidur bersama abah[umur ketika itu masih darjah 3]setiap kali diri mengerang kesakitan,abah akan memeluk adikmu ini erat,sambil menmbelai lembut dan mengucapkan kata-kata memujuk.hilang terus sakit gigi itu setelah dibelai oleh abah dan terlena terus adikmu ini di dalam pangkuan abah.sungguh bila dikenang kembali kisah itu, rasa rindu pada pelukan abah menerjah.dan adikmu ini juga mula terasa ada jurang yang semakin terbina antara adikmu ini dengan abah.
pada abah ketahuilah dalam diri anakmu ini,sentiasa terselit perasaan sayang dan kasihnya pada seorang bapa.sarange!!
nice entry sis..keep moving!
SuhaNa said…
Salam untuk Acu..

Meski abah bukanlah seorang berpelajaran tinggi,tetapi dia guru terbaik yang mengenal acik ABC.. meski abah sentiasa dengan sikap garangnya,tetapi hati nya ada sifat kasih sayang itu.Untuk diceritakan tentang abah terlalu banyak jasanya.tidak cukup ruangan ini.Tetapi biarlah secebis memori ini menjadi bukti bahawa abah adalah insan yang tetap kita sanjungi,hormati dan kasihi..
Noor Fatin said…
best sgt entry ni!!
sedih sgt!
SuhaNa said…
Salam NOOR FATIN..

syukran ya sudi membaca.. :)
Unknown said…
entry yg sungguh istimewa sempena hari bapa..mesti abah u terharu kalau die bace.
SuhaNa said…
salam Awe..

Abah ana tak tahu pun mengenai penggunaan IT ni..jadi dia tak baca pun..hehe

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2