Kasih ibu dan ayah hingga ke syurga...


Mari kita bermuhasabah diri sebentar...

Sering kali meniti di bibir kita bahawa kita terlalu menyayangi ibu dan ayah kita.Tetapi adakah sekadar lafaz kasih itu cukup untuk memberi bukti betapa kita kasihkan ibu dan ayah.

Pernah dengar pepatah..action louder than speak the words..

Oh,bukanlah ana membuat konklusi bahawa lafaz kasih terhadap ibu bapa itu tidak perlu,tetapi kadang-kadang tindakan kita itu juga cukup membuktikan betapa kita menyayangi mereka.Mugnkin ruang kali ini ana ingin berbicara mengenai 'tindakan' kita.

Cuba kalian berada dalam situasi di mana tika itu ibu atau ayah kalian berada dalam keadaan kurang sihat.

"Iskh,siapa yang muntah dekat sofa ni,penat aku kemas rumah tadi," rungut Leha melihat muntah yang bersisa di sofanya.Sudah lah penat mengemas,tiba-tiba pula majalah dan surat khabar bersepah.Angin monsun mula melanda dalam diri.

"Uhuk..uhuk..erm..mak..yang termuntah tadi,tak sempat nak ke tandas," tergagap-gagap Mak Senah memberitahu.Keadaan kesihatannya yang kurang baik membuatkan dia kurang upaya untuk bergerak.

"Euww..siapa nak cuci muntah ni,dah lah berbau..loya tekak nak cuci ni," sambil menutup hidungnya,Leha berlalu begitu sahaja.

Leha mungkin terlupa sesuatu.Mari kita ingatkan padanya..

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,

atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]


Kalau kalian berada pada situasi ini,apa yang kalian lakukan.Adakah mengikut kelakuan Leha atau mencuci muntah tersebut dengan ikhlas kerana apa lah sangat melakukan kerja tersebut berbanding kepayahan ibu yang sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk melahirkan kalian.Manakah yang paling utama.Letakkan diri kalian pada sifat yang paling jujur sekali untuk menjawab persoalan ini.Ketuklah dan tanya pada isi hati kalian.Sejujur dan seikhlasnya.

"Abah,apa abah buat ni?" terperanjat Seman melihat tingkah bapanya.Sudah lah berada di komplek membeli belah yang terkemuka,merah muka Seman menahan malu.

"A..a..abah..tak..tahan.."pucat muka Pakcik Mus.

"Takpe lah abah.Mari Man bawa abah ke tandas.Nanti Man cuci ya.."perlahan Seman memujuk ayahnya, kerana tidak tahan,lalu Pakcik Mus terkencing di seluarnya.Basah..

Owh,kerana tidak tahan lalu dilempiaskan sahaja di seluar.Penyakit apa itu? Tentunya penyakit sudah tua.Ya,kerana sudah semakin tua,pemikiran mula kabur untuk melakukan sesuatu tanpa memikir akibatnya.

Apakah yang membuatkan Seman begitu sabar melayan karenah ayahnya.Sudahlah membuat onar di kompleks yang terdapat ratusan orang pula.Ini sebabnya..

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Haram untuk kita berlaku buruk terhadap ibu bapa.Apakah haram? yakni melakukan kita mendapat dosa dan meninggalkan kita mendapat ganjaran pahala.SubhanAllah...Jadikan kami golongan yang berbuat kebaikan.

Cabaran dalam berbuat baik terhadap ibu bapa perlu kita tangani dengan penuh sabar dan tidak mengungkit-ungkit. Jadilah anak yang mampu membahagiakan ibu bapa kerana apa?..Hidup kita ini hanyalah untuk mencari redhanya.Justeru Rasulullah s.a.w telah bersabda..

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


Bayangkan jika hidup ini tiada mendapat redha-Nya..Astaghfirullah..sungguh tiada daya jika tidak hanya dengan memohon pertolongan kepadaMu ya Allah..

Renung-renungkan bersama.Jika umur kita masih muda,berbaktilah sedaya upaya terhadap ibu bapa.Jangan biar mereka hilang di dunia barulah kita tersentak untuk sedar bahawa kita terlalu menyayangi mereka.Sebesar mana dosa mereka terhadap anda,padamkan lah ia dengan hanya secebis keikhlasan.Terbitkan sinar di hati kalian untuk terus menjadi pelayan ibu dan ayah anda..

Comments

Noor Fatin said…
nice post
hargai mereka sementara mereka masih ada :)
SuhaNa said…
Salam NOOR FATIN..

syukran..benar tu,perlu menghargai dan menjaga mereka
Cheqna said…
Assalamualaikum Ana,

nice reminder..semoga menjadi anak yg soleh :-)
SuhaNa said…
wa'alikumsalam sahabatku Cheqna..

Moga ukh juga menjadi anak yang soleh juga ya..Amin untuk doa itu =)
Unknown said…
Sedihnya baca..

Berdoa semoga dpt mbahagiakan ibu bapa sehingga nafas terakhir mereka..
SuhaNa said…
Salam untuk Mommy Pinky..

Entri ini ana tulis sekadar contoh sahaja tetapi hakikatnya tetap berlaku secara relaiti..

Moga kita tergolong dalam golongan anak yang soleh
Kekunci Merah said…
hehe..sedih juga..tapi dalam masa yang sama.aku gelak..so macam mana tu?hehe...bila ingat kesusahan mereka membesarkan kita,belum tentu kita mampu balas kan?bak kata orang,mak bapak boleh jaga anak 10..tapi anak 10 belum tentu boleh jaga mak ayah kan?
pengalaman yang sama masa kecil,beza kau dan kau adalah moto dan vespa.hehe..moga kau menjadi anak yang solehah,aku doakan..amin...
SuhaNa said…
to ruzz...

Kau tak habis-habis gelaknya..hihi..
Amin untk doa itu,kau pun sama ya!

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2