Awas percakapanmu itu...


"Mulut puaka, mulut longkang..bla..bla.."

Apa ini?

Mungkin kita pernah berada dalam kondisi ini apabila sahabat kita mempunyai sifat yang tidak ada "insurans mulut" ini. Cakap main lepas.

Ana ada kawan seperti ini. Sampai di satu tahap ana tidak tahan dengan perangainya lantas kami memboikot beliau.Tapi tidak lama, air yang di cincang tidak akan putus kan..Bagaimana menghadapi situasi seperti ini? Apabila kawan kita mempunyai peribadi sebegini.

Mari kita berkongsi tips bagaimana menangani masalah ini :

1. Berbincang secara tertutup
Seeloknya kita berbincang dari hati ke hati tentang peribadi kawan kita yang tidak disenangi tersebut. Berbincanglah secara berhikmah, bukan dengan amarah. Gunakan metod yang sesuai dengan penerimaan beliau.

2. Menulis surat
Jika kita tidak mampu untuk berbincang, suarakan hasrat hati kita dengan menulis surat. Coretkan segala isi yang mahu di luahkan. Bahasa perlu mudah di fahami, tidak terlalu
straight to the point. Bukankah mata pena itu lebih tajam dari mata pedang?

3. Menggunakan orang tengah
Carilah orang yang paling berhemah untuk menyelesaikan masalah anda ini. Ingat, jangan di cari orang tengah yang bersifat batu api, tetapi carilah orang lebih matang dari kawan yang anda ingin tegur atau jika perlu, orang tengah itu adalah orang yang paling di hormati oleh kawan kalian tersebut.

4. Berdoa
Di samping kita berusaha, seharusnya kita berdoa untuk kesejahteraan beliau agar di beri cahaya petunjuk untuk memperbaiki diri.Yang penting, jangan putus asa terhadap rahmat Allah. Teruskan pergantungan kita kepadaNya.

Semoga tips ini dapat menyelesaikan masalah kita jika menghadapi kondisi orang-orang sebegini. Ana teringat pada satu pepatah...

" Janganlah kita menutup 10 kebaikan orang itu hanya dengan 1 kesalahan beliau"

Renung-renungkan..pedoman untuk diri yang tidak sempurna ini juga..





Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2