Kemana masa muda kita..


"Dik,sekolah lagi ya,umur berapa?" tanya seorang pekerja CIMB Bank pada ana.

"Erk..saya belajar lagi,umur saya 22," kata ana pada pekerja tersebut.

"La,dah 22 rupanya."

Diperhatikannya ana dari bawah ke atas,tanda tidak percaya. Kawan ana di sebelah sudah terkekeh-kekeh ketawa.

"Kenapa kak,tak percaya ke?,saya muka macam budak eh,biasa lar awet muda."

"Bukan awet muda,macam tak cukup umur jer."

Erk,terkena ana. Peristiwa sebegini bukan pertama kali terjadi, sudah banyak kali. Pernah di kaunter Maybank, pekerja tu lagi lar,kata ana ni baru tingkatan 3. Alahai bang, takkan tipu benor umur saya macam ni kata saya baru nak ambil PMR.

Ya, mungkin anda boleh bangga jika dikatakan anda masih muda dari umur anda. Tapi,ingatlah muda itu bukan tanda kita masih baru di dunia.Bukan juga tanda kita masih boleh berfoya-foya.

"Rilekslah kak,umur masih muda,tua-tua nanti saya bertaubat la."

Alahai, kalau dibiar sebegini rupa,mana tidak rosak jiwa dan hati. Memikirkan tentang keseronokan sahaja,dunia dikejar, akhirat ditolak tepi.Masih ramai yang memegang prinsip seperti dialog di atas, tapi harus kalian ingat, jika kalian tahu betapa siksanya azab Allah di neraka itu,pasti kalian tiada masa untuk memikirkan keseronokan sahaja.

Ingat,masa muda bukan masa untuk berseronok.Tika muda inilah kita harus menimba segala ilmu dan mencurahkannya pada masyarakat. Tidak perlu menunggu tua untuk pergi mengaji,belajar sembahyang.Kalau di waktu tua,kalian jatuh sakit,hanya mampu terlantar di katil sahaja,adakah kesempatan untuk kalian membuat amalan tika itu?

Mafhum Hadis“Tidaklah akan bergeser kaki seorang hamba di Hari Kiamat kelak sehingga mereka ditanya empat perkara.Tentang Usianya untuk apa dihabiskan,tentang masa depan mudanya untuk apa dipergunakan,tentang harta dari mana dia dapat dan untuk apa dinafkahkan,dan tentang ilmu untuk apa diamalkan“(HR Al-baihaqi dan selainnya dari hadis Muadz Bin Jabal.Hadis inijuga diriwaytkan oleh At-Tirmidzi dengan lafaz yang berbeza dari Abu Barzah Al-Aslami.Menurut beliau hadis ini tergolong Hassan Sahih(lihat Al-Muntaqa Min At-targhib wa Tarhib karangan Al_qaradhawi:1/131 no 85)

Justeru,kalian akan di tanya kelak,apakah pengisian masa mudamu.Berhati-hatilah kawan, jangan biar diri terus diperdaya. Hidup tidak lama,dunia persinggahan cuma.Sungguh,akhirat itulah kampung sebenar kita.

Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2