Saturday, September 12, 2009

Temanku disini..


Buat teman seperjuangan, ana dedikasikan entri ini untuk kalian.Moga ukhwah fillah abadan abada..

Sahabat

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat


Cebisan Kenangan

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

Saya hanya insan biasa..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih..entri ini ana tulis sekadar berkongsi rasa.Dunia hiburan kita dikejutkan dengan berita mengenai kes penceraian ustaz Akhil Hayy dan isteri beliau Maizawati. Kemudian kita dikejutkan sekali dengan perkahwinan beliau bersama Waheeda.Ternyata inilah yang berita yang dinanti oleh sang media untuk melariskan jualan mereka.

Apa yang sudah berlaku sudah ditakdirkan Ilahi.Mungkin terdapat hikmah di sebalik segala yang berlaku.Ana menulis dengan perasaan neutral,tidak memilih mana-mana pihak.Sama ada si isteri atau suami.Itu adalah hak mereka.Mereka lebih mengetahui apa yang berlaku.Mengapa kita yang diluar perlu terlebih pula seolah-olah kitalah yang lebih tahu dari mereka.

Apa yang lebih menyedihkan ana apabila pelbagai fitnah mula berkata-kata.Kreadibiliti beliau sebagai seorang ustaz dipertikai.Si polan ini berkata " Apalah,harap jer nama ustaz,tapi rumah tangga pun tunggang-langgang." Kawan si polan ini pula menambah cerita penyedap rasa " Iyalah,kalau macam tu,lebih baik tak payah panggil ustaz,nasihat diri sendiri dulubaru nasihat orang lain."..Wah,hebat betul si polan tersebut.

Ketika ana mendapat khabar tersebut,ana tersentak juga.Manakan tidak, ustaz akhil hayy adalah seorang penceramah yang ana kagumi.Kepetahan beliau dalam berkata-kata sangat menarik.Dipendekkan cerita, sejak ana di tingkatan 1 lagi ana mengikuti perkembangan beliau.Tetapi sebagai manusia biasa,kita tidak pernah terlepas dari kesilapan.Manusia itu tidak sekali ada yang sempurna sifatnya, melainkan Allah s.w.t jualah yang sempurna sifatnya.Berita yang ana terima ana positifkan ia.Ana tidak layak untuk menghukum,kerana ana juga manusia biasa seperti beliau.


Cukup-cukuplah kita berbicara perkara yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya. Bukankah berdiam diri itu lebih baik melainkan jika kita bersama dengan orang-orang yang berilmu.



Sekeping gambar boleh melakar beribu cerita..Wallahualam,hanya mereka yang mengerti apa yang mereka kerjakan.

Hal ini memberi satu hikmah bagi ana.Jangan terlalu memandang seseorang itu terlalu smepurna kerna dia juga hanya seorang insan biasa, yang kadang tergelincir di dalam perjuangan hidup.

Buat ustaz Akhil Hayy dan Waheeda,tahniah ana ucapkan atas perkahwinan kalian.Semoga Allah memberkati kalian..Buat Maizawati,bersabar lah atas ujian hidup ini,mungin kita mengharap hari akan cerah sentiasa tanpa kita sedar Allah menurunkan hujan di tengah hari.Janganlah kita merungut atau mengeluh kerana di pengakhiran hujan nanti, rupanya Allah memberi kita kebahagiaan dengan pelangi yang indah, membuat kita tersenyum bahagia..Maaf jika ada yang terasa kerna ana hanya insan biasa yang cetek ilmunya..

Malam yang ku nanti..


Kita sedang melalui fasa terakhir di dalam bulan barakah ini, perbanyakkan amalan kalian kerana dijanjikan Allah pada sekalian hambaNya, terdapat satu malam di dalam bulan ramadhan yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam lailatul qadar...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."
(surah al-qadr:1-5)

Inilah diriku..


Kenapa ayam?,,,Mungkin ini soalan yang akan ditanya kepada ana seawal perkenalan bersama teman-teman baru di universiti dahulu.Hanya senyuman ikhlas sebagai pengganti jawapan. AYAM.. mungkin bila disebut nama ini,maka terbayanglah masakan yang macam-macam, ayam gorenglah,rendang ayam lah, 1001 macam ada di dalam benak kalian.Tapi bagi teman-teman ana,mereka mungkin lebih mengenali 'nickname' ini daripada nama ana sendiri.Apalah yang istimewa ana pun tak tahu,Buat teman-teman ana yang ingin tahu kenapa AYAM? tidak nama lain..biarlah ana ceritakan sedikit di sini..

Alkisahnya bermula bila ana melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama tahun 2004-2005 dahulu. Ana menyambung pengajian di sekolah abang ana belajar dahulu.Mungkin ketika di awal persekolahan,ramai senior yang mengenali ana kerana faktor orang kampung ana pun ada sekali belajar kat sekolah tersebut,tambahan pula abang ana merupakan pelajar terbaik di sekolah yang sama. Tidak dinafikan kehidupan di asrama dan menjadi seorang junior adalah perkara paling tidak menyeronokkan dalam hidup ana.Segala macam peraturan dikenakan terhadap junior,kadang-kadang yang tak masuk dek akal pun ada juga.Tapi kerana itu pilihan ana terpaksa jua dihadapi dengan tabah penuh keredhaan.

Biarlah ana skip cerita sengsara ana ini.Nak dijadikan cerita, ana ni dahulu suka cakap perkara-perkara tentang ayam,sebagai contohnya 'sengal ayam', 'lumpy ayam'..dan sebagainya. Maaflah jika ada pencemaran bahasa,tetapi itulah sebab mengapa ana digelar AYAM dikalangan pelajar sekolah ana.

Bila ana melanjutkan pelajaran ana di universiti,nama AYAM masih lagi melekat pada diri ana,sebab ramai kawan sekolah ana melanjutkan pelajaran di universiti yang sama dengan ana.

Jadi kawan-kawan di universiti pun memanggil nama AYAM.Tapi kawan ana pula tidak suka ana dipanggil AYAM,lalu dengan jayanya beliau memanggil nama ana dengan gelaran CIK YAM.
Begitulah ceritanya.

Buat teman-teman ana,terima kasih lah atas nama yang kalian berikan pada ana.

Bismillahhirahmanirrahim...

Dengan namaMu Ya Allah..SubhanAllah,akhirnya hajat ana untuk ada ada blog tercapai jua.sekadar cubaan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers